Merdeka 63 Tahun, Merdekakah Kita? Rasa teruja pula nak buka cerita pasal hari kemerdekaan negara kita Malaysia yang tercinta. Sebabnya, blogger Hasrul Hassan ada buat Giveaway Blogger Merdeka 2020. Jomlah kawan-kawan kita rancakkan Hari Kemerdekaan dengan semangat membara sebagai warganegara. Takkan tak bangga pegang kad pengenalan Malaysia kan? Walau jauh berjalan, Malaysia juga yang kita puja puji, tak boleh orang luar cerita buruk pasal negara kita. Pasti cepat je darah menyirap. Betul tak? Bagus juga blogger HH buat giveaway ni, bukan hadiah jadi taruhan tetapi sebaliknya semangat nak cerita tentang kita anak merdeka ni yang lebih meluap-luap.
Lahir sebelum atau selepas merdeka pasti lain jalan cerita kita. Semangat kemerdekaan kita pun berbeza rasanya. Jiwa kemerdekaan lebih kukuh dalam diri nenek moyang datuk nenek kita berbanding dengan generasi yang dilahirkan selepas merdeka. Dalam hal ini, pihak bertanggungjawab melakar silibus pendidikan di negara kita ini kena serius dan lebih patriotik bagi menerapkan jiwa kental semangat kenegaraan ke dalam diri anak muda yang lahir dalam era selepas kemerdekaan.
Sedikit info tentang hari kemerdekaan Malaysia. Siapa je tak tahu tarikh negara kita merdeka dari jajahan penjajah. Hari kebangsaan negara kita jatuh pada 31 Ogos 1957. Dah 63 tahun rupanya Malaysia ni, dulu dipanggil Tanah Melayu. Selama 63 tahun ini, Malaysia telah memiliki 8 perdana menteri. Agama rasmi adalah Islam. Bahasa rasminya Bahasa Malaysia.
Merdeka 63 Tahun, Merdekakah Kita?
Hmm... merdekakah kita? Bila nak tulis tentang merdeka ni, ada banyak duri ranjau yang kita kena lalui dan kupas secara fikiran waras. Ada benda yang kita dah merdeka dan ada juga aspek kehidupan kita yang belum merdeka. Merdeka ni maksudnya bebas, luas, lapang dan tidak dikongkong oleh sesuatu kuasa luar. Begitulah pada pendapat saya maksud merdeka tu..
Namun, bila difikirkan semula.. kita tak boleh mengharap lebih jika apa yà ng kita rasai hari ini pun lebih baik dari rakan sahabat kita di luar sana di mana negara mereka tak merdeka sebenar-benarnya. Bak kata orang, dapat makan minum, bekerja, gurau senda dengan anak isteri, dapat makan angin sekali sekala, itu pun dah kira bebas merdeka la tu.
Kita boleh buat aktiviti harian dengan hati tenang, tak perlu dikerah sana dan sini, pun dah kita rasa freedom sangat.
So, bersyukurlah bila duduk dan lahir dalam Malaysia. Setakat netizen dan makcik pakcik bawang gaduh sana sini kat media sosial, itu bukan gaduh betul-betul walau nampaknya macam rasis. Bila ada orang luar negara hentam kita, hilang semua pergaduhan berganti dengan persatuan.. itu yang wujudnya persatuan netizen Malaysia.. haha, (nak menulis ni pun kita rasa bebas..)
Secara umumnya, dalam aspek kehidupan kita boleh nampak kebebasan tersebut, tetapi ada banyak "kebebasan" yang perlu diperbaiki dari segi politik, ekonomi, pendidikan dan kesihatan. Mungkin orang yang arif dalam bidang berkenaan boleh melihat "isu" ini secara lebih mendalam lagi. 😅😅
Antara Tema Hari Kebangsaan
1. Malaysia Prihatin - 2020
2. Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih - 2019
3. Sayangi Malaysiaku - 2018
4. Negaraku Sehati Sejiwa - 2017
5. Sehati, Sejiwa - 2016
6. Sehati, Sejiwa - 2015
7. Malaysia Disini Lahirnya Sebuah Cinta - 2014
8. Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku - 2013
9. 55 Tahun Merdeka - Janji Ditepati - 2012
10. 1Malaysia - Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera - 2011
"Sorrylah saya terlebih cakap pula pasal merdeka. Dah blogger HH bagi chance, kita pun tulis je la, kan? Siapa tak sayang Malaysia. Dah merdeka 63 tahun, rasa macam banyak kenangan masa kecil dulu pun ikut hilang akibat perubahan zaman. "
Lahir sebelum atau selepas merdeka pasti lain jalan cerita kita. Semangat kemerdekaan kita pun berbeza rasanya. Jiwa kemerdekaan lebih kukuh dalam diri nenek moyang datuk nenek kita berbanding dengan generasi yang dilahirkan selepas merdeka. Dalam hal ini, pihak bertanggungjawab melakar silibus pendidikan di negara kita ini kena serius dan lebih patriotik bagi menerapkan jiwa kental semangat kenegaraan ke dalam diri anak muda yang lahir dalam era selepas kemerdekaan.
Menjadi Bangsa Yang Merdeka
Malaysia ni negara berbilang kaum. Banyak agama, banyak bahasa digunakan dan makanan pun beribu rasa yang telah disajikan. Nak wujudkan bangsa yang merdeka dengan satu tujuan agak sukar, tetapi tidak mustahil untuk dilaksanakan pada satu masa nanti. Kalau dapat semua bangsa yang menuturkan satu bahasa je pun dah cukup bagus dan bangga jadi anak watan. Tak kira apa bangsa atau warna kulit, gunakan saja Bahasa Malaysia. Itu boleh jadi mercu tanda kejayaan sebuah negara merdeka.
Sesiapa nak join Giveaway Blogger Merdeka 2020 bolehlah join dan klik pada logo di atas. Good luck!
2 Comments
Yeahhh. Merdeka tahun ni sambut depan peti telebisen je. Jangan keluar. Bahaya. Hahaha
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi join GA Blogger Merdeka yang saya anjurkan. Tahniah kerana terpilih sebagai salah seorang penerima hadiah wang tunai Rm50 dan juga Template Blogspot Premium.
ReplyDeleteSekali lagi terima kasih dan tahniah.
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.