My Black Knight - Cermin Spotlight Pecah. Jika anda pernah baca posting saya berkaitan "Black Knight (BK)", pasti anda tahu ia adalah sebuah kereta. BK dah berkhidmat dekat 3 tahun untuk kami sekeluarga. Memudahkan kerja dan urusan lain, dan amat berbaloi bersama dengannya selama ini kerana kurang meragam. We love our BK.
Namun jika selalu digunakan pun, kekadang dia merajuk sekali sekala. Minggu lepas tayar depan BK tercucuk screw, pancit tetapi dah diuruskan. Kali ini cermin spotlight BK pula yang menghadapi masalah. Cermin Spotlight kiri hadapan pecah, mungkin terkena batu di highway, kami pun tak perasan. Sebab jarang belek spotlight, hehe.. itu pun kawan satu opis yang perasan.
My Black Knight - Cermin Spotlight Pecah
Pada mulanya memang nak biarkan je, tapi memandangkan sekarang musim hujan, takut air masuk dalam mentol pulak, panjang pulak ceritanya. So, kenalah tukar.
Gambar atas dan bawah, set spotlight yang telah di ganti. Rasa tenang sikit bila bawak kereta terutamanya bila hari hujan.
Sebelum tu saya search kat Shopee dan Lazada, ada je harga set spotlight murah-murah, kebanyakkannya keluaran Taiwan. Ada juga spotlight khas untuk Civic, harganya RM350 ke atas. Bincang dengan En suami dan si bujang hero tu, kami pergi ganti di kedai aksesori kereta berdekatan dengan taman perumahan kami.
Kos untuk semua set lampu spot depan kiri dan kanan, walau yang pecah adalah sebelah kiri.. adalah RM360. Untuk lampu sebelah kanan yang masih elok, kami simpan, mana tahu boleh guna jika ada hal berlaku di kemudian hari.
Selesai sudah tukar spotlight kereta Black Knight kami.

0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.