Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Permohonan Atas Talian Untuk Ke Sekolah Khusus SBP, SMKA, SMT, MTD Dan KV Mulai 2 September 2020

Permohonan Atas Talian Untuk Ke Sekolah Khusus SBP, SMKA, SMT, MTD Dan KV Mulai 2 September 2020. Permohonan ini adalah untuk kemasukan ke tingkatan 1 dan 4 pada tahun 2021. Dalam pada itu, KPM akan menggunakan kaedah pentaksiran baharu untuk ke sekolah khusus.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan kaedah pentaksiran baharu bagi tujuan kemasukan pelajar ke Sekolah Khusus, iaitu Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) bagi tahun depan.

KPM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya membangunkan satu sistem permohonan kemasukan murid Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat ke sekolah khusus secara 'single entry point.'

Sistem ini membabitkan permohonan secara berpusat dan juga kaedah pentaksiran standard secara berpusat.

KPM Guna Kaedah Pentaksiran Baharu Untuk Ke Sekolah Khusus SBP, SMKA, SMT, MTD Dan KV


"Permohonan kemasukan ke sekolah khusus ini membabitkan SBP dan SMKA untuk pelajar tingkatan satu dan empat, Sekolah Menengah Teknik (tingkatan empat), Kolej Vokasional (Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia) dan MTD untuk tingkatan empat," katanya.

Sehubungan itu, katanya, permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu boleh diakses melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my 

Dan, permohonan ke Tingkatan Empat melalui pautan https://spskt4.moe.gov.my.

"Semua pemohon akan menduduki pentaksiran secara berpusat di 555 pusat pentaksiran ditetapkan seluruh negara.

"Untuk makluman, pentaksiran kemasukan sekolah khusus yang akan dilaksanakan ini merangkumi tiga bahagian iaitu Kecerdasan Insaniah (20%), Kecerdasan Intelektual (70%) dan Artikulasi Penulisan (10%)," katanya.

Menurutnya, kaedah pelaksanaan Ujian Kecerdasan Insaniah dan Kecerdasan Intelektual adalah secara dalam talian manakala kaedah pelaksanaan ujian Artikulasi Penulisan adalah secara bertulis.

Permohonan Atas Talian Mulai 2 September 2020


https://www.aynorablogs.com/2020/08/permohonan-atas-talian-untuk-ke-sekolah.html?m=1

Bagi Tingkatan Satu, Tingkatan Empat dan Tahun 1 SVM permohonan dalam talian boleh dilakukan pada 7 September hingga 2 Oktober 2020.

Pelaksanaan pentaksiran pada 12 hingga 23 Oktober bagi Tingkatan Satu manakala 26 Oktober hingga 6 November khusus Tingkatan Empat dan Tahun 1 SVM.

Maklumat lanjut berhubung pentaksiran ini akan dimaklumkan melalui portal KPM pada 1 September 2020.

Sumber : Harian Metro

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close