Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Permohonan Secara Online Ke MRSM Bagi Tingkatan 1 Dan 4 Dibuka Mulai 24 Ogos – 4 Disember 2020

Permohonan Secara Online Bagi Tingkatan 1 Dan 4 Dibuka Mulai 24 Ogos – 4 Disember 2020. Suka nak belajar berdikari dan duduk asrama? Salah satu pembelajaran di asrama yang boleh dijadikan pilihan ibu bapa dan anak-anak adalah MRSM. Sudah berpuluh tahun di asaskan oleh MARA, ia menjadi antara satu platform yang bagus bagi anak-anak seawal usia 13 tahun untuk belajar menguruskan diri sendiri dengan bantuan guru dan kakitangan asrama. Kedua-dua anak saya pun masuk MRSM dan salah seorang pun dah berjaya memasuki universiti dalam bidang perubatan.

Untuk info, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti.

Permohonan Secara Online Ke MRSM Bagi Tingkatan 1 Dan 4 Dibuka Mulai 24 Ogos – 4 Disember 2020

MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.

Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Permohonan secara online bagi Tingkatan 1 dan 4 dibuka mulai 24 Ogos – 4 Disember 2020.


Semua calon perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).

Maklumat Program MRSM

Pastikan anda telah membaca dan memahami semua Program MRSM sebelum membuat permohonan.

Sila klik untuk memohon atau terus ke Borang Permohonan Tingkatan 1

Sila klik untuk memohon atau terus ke Borang Permohonan Tingkatan 4

Jika anda berminat duduk asrama, berdikari, mahu mengubah kehidupan dengan lebih teratur.. baiklah anak-anak sekalian memohon terus secara online ke MRSM yang ada banyak cawangan di seluruh Malaysia.

Saya memiliki 2 orang anak yang kesemuanya memasuki MRSM. Alhamdulillah.. memang berlaku perubahan 360 darjah terhadap mereka. Terutamanya dari segi pembelajaran dan sahsiah diri. Memang mengagumkan usaha yang dibuat oleh MRSM dan juga tenaga pengajarnya.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close