Resepi Cendawan Sisir Masak Lemak Cili Api. Inilah lauk @ sayur kenangan kami adik beradik masa kecik-kecik dulu di kampung. Iaitu kulat sisir atau cendawan sisir yang tumbuh selepas hujan pada batang kayu getah yang dah reput. Bila tumbuh pada batang kayu getah, kita orang kutip kemudian bersihkan kayu-kayu reput yang lekat kat cendawan sisir tersebut. Nak bersihkan dia senang je, rendam dalam air. Dalam besen besar sikit,,sebab nanti dia kembang. Dia dah timbul, toskan airnya dan boleh sedia dimasak.
Inilah rupa kulat sisir sebelum dimasak. Kalau tak kenal, boleh cari video kat youtube, ada banyak kisahnya, resepinya..
Sebab cendawan sisir ni liat sikit, sebelum masak tu kita tumbuk-tumbuk manja dengan lesung. Biar dimasak nanti, dia taklah liat sangat. Hehe..
Punca saya masak cendawan kulat sisir ni sebab ternampak kat youtube orang masak lemak cili api. Ya Allah.. terus menggamit memori. Nak sangat makan. Maka saya search kat Shoppe, ada pulak yang jual online. Haha.. maka belilah saya 1 bungkus cendawan sisir ni dalam harga RM19.00. Campur delivery cost jadilah harga dia lebih kurang RM23.00.
Bila sampai bungkusan tu macam cinonet je, tapi bila dah dicuci dan rendam.. boleh masak 2 kali. Memang jadi banyak. Terima kasihlah pada peniaga yang dapat memenuhi keinginan saya nak makan cendawan sisir. 😅😅😅
Stok cendawan sisir dah dapat, beli kat Shoppe, maka tibalah masa memasaknya. Marilah tengok resepinya bersama-sama.
Resepi Cendawan Kulat Sisir Masak Lemak Cili Api
Inilah rupa kulat sisir sebelum dimasak. Kalau tak kenal, boleh cari video kat youtube, ada banyak kisahnya, resepinya..
Bahan-bahan :
1 mangkuk cendawan @ kulat sisir
Segenggam ikan bilis - kisar
20 biji cili api, nak pedas lagi boleh tambah - kisar
2 sudu kecil serbuk kunyit - kisar
1 biji bawang merah besar - kisar
1 mangkuk cendawan @ kulat sisir
Segenggam ikan bilis - kisar
20 biji cili api, nak pedas lagi boleh tambah - kisar
2 sudu kecil serbuk kunyit - kisar
1 biji bawang merah besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 batang serai - hiris dan kisar
1 kotak santan pekat - bancuh dengan air dulu
Garam dan gula secukupnya
1. Kulat sisir dibersihkan dengan cara merendam dalam besen dan angkat kulat yang timbul. Saya beli dari Shoppe..
1 batang serai - hiris dan kisar
1 kotak santan pekat - bancuh dengan air dulu
Garam dan gula secukupnya
Cara-cara penyediaan masak lemak cili api kulat sisir @ cendawan sisir
1. Kulat sisir dibersihkan dengan cara merendam dalam besen dan angkat kulat yang timbul. Saya beli dari Shoppe..
2. Kemudian, tumis semua bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
4. Masukkan cendawan sisir tadi dan gaul rata dengan perencah yang ditumis tadi. Ada orang masuk santan dulu, terpulang pada keselesaan masing-masing.
5. Masukkan pula santan pekat dan secawan air. Didihkan. Kalau nak lebih kuah boleh tambahkan air lagi..
6. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Jangan biarkan santan pecah minyak. Kacau sentiasa. Bila telah mendidih sekali lagi bolehlah diangkat.
Siap dah cendawan sisir masak lemak cili api yang saya cari selama ini. Bau cendawan sisir ni macam ada bau kayu sikit, itulah yang jadi kenang-kenangan hingga kini. Anak saya yang sulung pun saja ajar makan sekali. Kata dia sedap jugak.
Masak lemak cili api cendawan kukur ni sedap dimasak pekat. Kalau nak letak daun pakis pun lagi menambah selera. Hehe..
Selamat mencuba👌👌

0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.