Sarapan Dengan Laksam Dan Soto Ayam. Hari sabtu yang agak dingin, bermalasan di atas katil sampai pukul 7.30 pagi. Bila perut terasa lapar, terus masuk ke dapur nak buat sarapan. Tetapi tak ada menu yang menarik boleh dihasilkan berdasarkan barang basah dalam peti sejuk. Duduk sekejap di ruang tamu, bukak FB. Tetiba mata terpahat pada satu iklan tentang sebuah cafe dengan menu breakfast yang terbaik katanya. So, cakap lembut-lembut dengan hero bujangku, dia kata okay je kalau nak breakfast kat luar. So, dalam setengah jam, kita orang berdua dah on the way ke Moksu Cafe. Pagi sabtu, jalan tak jem. Lebih kurang 9.30 pagi kami dah sampai di lokasi yang dituju. Hmm.. banyak kereta parking di bahu jalan. Manakala, dari jauh, pemandangan dalam cafe/ restoran agak sesak, meja semua telah penuh. Nasib baik kami datang berdua saja, ada juga meja kosong untuk 2 orang.
Kami sampai ke sini sebab promosi lalu lalang kat FB. Samada anda nak datang ke sini atau tidak, baca lah tulisan saya ni sampai habis ya.

Sarapan Dengan Laksam Dan Soto Ayam
Pemandangan luar cafe agak menarik. Cahaya matahari masih belum terik lagi. Jom layan pemandangan di luar cafe.
Agak-agak korang berapa lama kami menunggu makanan sampai dari waktu pesanan di hantar? Ya.. dari matahari dah rasa panas di kepala dan tubuhku! Haha.. dekat 1 jam ya segala pesanan berjaya sampai ke meja kami. Nak kata ulang alik ke kaunter, jangan dikira. Saya yang lembut pun dah jadi macam guru besar. Haha.. boleh bayangkan tak betapa "garang" saya masa komplen order tak sampai-sampai. Tak ada rezeki kami nak dapat makanan sampai cepat seperti biasa..
Laksam Moksu Cafe memang sedap tapi.. nak dapat order sampai kematu punggung ni. Alang-alang dah lambat, saya order 5 bungkus ekstra untuk bagi pada bonda dan kakak saya rasa. Hmm.. geram kan..
Laksam dia memang sedap. Kuah pekat lemak masin semua ada. Tepung laksam dia pun lembut, cair di mulut.
Soto ayam bergedil dia kurang power. Kuahnya tawar. Mesti kena makan dengan sambal kicap. Kalau tak, memang tak habis dimakan.
Orang Johor memang sarapan sate ya, terutamanya kat Muor sana. Saya pun asal Muor, so tak heran kalau orang makan sate pepagi buta.
Sate daging dan ayam power. Lembut, ada lemak dia dan masak sempurna. Kuah kacang pun sedap. Recommended!!
Nasi lemak ayam. Pilihan anak bujang saya dengan sate tadi. Ayam rangup dan masak di dalam. Sambal pun sedap.
Walau si bujangku ini dah separuh merajuk tadi, tapi dapat makan nasi lemak ayam dan sate.. sejuk dah api kemarahan dia.
Mahal atau murah? Bergantung kepada kita menilainya. Tapi kami cadangkan tadi agar dia orang upgrade sistem buat air dan juga tambah pekerja pada waktu hujung minggu. Sebab bila bisnes korang dah viral dan buat FB ads lagi, kena bersedia dengan tenaga dan juga makanan tambahan. Tak boleh statik je.. betul tak??
Apapun.. selamat berbisnes. Semoga terus kuat semangat walau ada banyak kritikan tadi. Bukan saya sorang ya.. ramai tadi makcik dan pakcik bawang yang sound direct.
Laksam Moksu Cafe Memang Sedap!

Untuk semua menu yang kami order, kecuali sate.. kami bayar RM59.00. Iaitu 6 laksam, 1 soto ayam, 1 nasi lemak ayam, milo ais dan nescafe ais.
Mahal atau murah? Bergantung kepada kita menilainya. Tapi kami cadangkan tadi agar dia orang upgrade sistem buat air dan juga tambah pekerja pada waktu hujung minggu. Sebab bila bisnes korang dah viral dan buat FB ads lagi, kena bersedia dengan tenaga dan juga makanan tambahan. Tak boleh statik je.. betul tak??
Apapun.. selamat berbisnes. Semoga terus kuat semangat walau ada banyak kritikan tadi. Bukan saya sorang ya.. ramai tadi makcik dan pakcik bawang yang sound direct.
1 Comments
lamanya xmkn laksam..tiba2 rindu nk mkn laksam :)
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.