Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Semoga Allah Gantikan Musibah Dengan Sesuatu Yang Lebih Baik

Semoga Allah Gantikan Musibah Dengan Sesuatu Yang Lebih Baik. Musibah itu satu kesusahan, kesedihan, kehilangan, kecurian, dan banyak lagi. Yang namanya musibah bukanlah disukai oleh kita semua. Siapa yang nak susah, betul tak? Siapa yang nak terbelenggu dalam kegagalan. Semua orang kalau boleh nak lari dari musibah. Tetapi, siapalah kita untuk menolak takdir yang telah ditetapkan oleh Allah. Namun kita digalakkan untuk berusaha mengubah nasib diri menjadi lebih baik dari sebelumnya. Masanya untuk berubah bila? Adakah tunggu je tanpa berbuat apa-apa? Tak ya kekawan.. berubah lah terus bila terdetik. Tak payah tunggu atau ikut kawan.

Bercerita tentang musibah, kami baru je ditimpa musibah. Saya dengan hero bujang saya. Kereta kami (Black Knight) telah dilanggar dari sisi oleh sebuah kereta lain. Berlaku sepantas kilat. Berlaku bukan dalam daerah kami. Di tempat asing, tanpa sesiapa kecuali kami berdua. Tapi dengan memujuk si bujang yang sedikit panik, saya katakan, "ALLAH kan ada! Orang tak tolong kita, kita usaha dengan bantuan Allah."

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? - surah Ar Rahman

Selepas itu, dia yang baru berusia 20 tahun, selesaikan satu persatu hingga selesai. Dia hanya kata, "Ibu rehat tepi. Biar lain saya uruskan." Such a strong son, brave and bless."

Kami selesai di tempat kemalangan dengan pantas, dalam damai dan buat report polis. Tak ada provokasi, settle kata claim insurans masing-masing.

Semoga Allah Gantikan Musibah Dengan Sesuatu Yang Lebih Baik


Kerana dentuman yang kuat, airbag pun sampai terbuka. Tapi alhamdulillah, tiada kecederaan yang menimpa kami semua.




Semoga Allah Gantikan Musibah Dengan Sesuatu Yang Lebih Baik


Yakinlah, Allah nak gantikan kita ďengan sesuatu yang lebih baik darinya. Alhamdulillah, dalam accident yang agak teruk itu, tiada sesiapa yang cedera langsung. Allah Maha Besar. Hentakan di kereta terlalu kuat hinggakan airbag pun terbuka. Tetapi Allah sangat kasihkan kami.

Alhamdulillah!
Alhamdulillah!
Alhamdulillah!

Tiada daya dan upaya melainkan dengan izinMu ya Allah. Hanya Engkau tempat kami mengadu dan Hanya kepadaMu lah tempat kami memohon pertolongan.

Usai laporan polis dibuat, kami dan pihak lagi satu berbincang secara harmoni. Tiada provokasi. Semua orang di kawasan kemalangan pun amat baik, membantu dengan seadanya dan selesai tanpa perbalahan.

Dalam perjalanan pulang, saya arrange sewa kereta untuk sebulan untuk kegunaan family kami semasa kereta masuk bengkel nanti. 

Kronologi kemalangan yang menimpa kami merupakan satu musibah, tetapi percayalah Allah akan gantikan dengan yang lebih baik darinya. Allah Maha Mengetahui yang nyata dan tersembunyi.

Semoga tempoh kesukaran ini kami dapat lalui dengan tenang dan tabah. Semoga maal hijrah tahun ini menjadikan kami orang yang baru. Yang lebih sabar, redha dan cemerlang dunia akhirat.

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan saya ketika melalui detik sukar ini, musibah yang banyak memberikan pengajaran.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Nice Info
    Singgah
    Salam kenal
    Saya baru belajar blog
    ini blog baru saya : https://www.templateppt.eu.org/

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close