Ucapkanlah Kalimah Ini Bila Telah Senang. Jangan lupa diri bila telah senang lenang. Senang sikit pun patut bersyukur, ucapkanlah alhamdulillah. Itu yang paling mudah. Ucapan di hujung bibir. Dah sebati dengan lidah kita. Lagi banyak kita bersyukur, lagi banyak Allah tambahkan dalam rezeki kita. Dah senang sikit jangan sombong. Senang pun ujian juga, susah pun ujian buat kita semua. Bila dah senang jangan lupa orang yang kurang senang. Caranya kita nak berbagi rezeki adalah dengan menghulurkan sedekah kepada mereka yang memerlukan. Bila dah senang jangan pula mudah lupa daratan. Terus membazir, perhabis wang ringgit yang diperolehi. Maka, jika telah diberi kesenangan, kita kena berjimat cermat pula bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang mendatang.
Alhamdulillahilladzi bini'matihi
tatimmussoo lihatu
Maksudnya:
Segala puji hanya milik Allah yang dengan nikmatNya segala kebaikan menjadi sempurna.
Semoga dengan kesenangan yang dikurniakan oleh Allah SWT, kita menerima kebaikan yang berganda dan menjadikan hidup kita bahagia sempurna dengan iringan rahmat dan kasih sayang Allah.
Allah kurniakan kita kesenangan agar kita menggunakannya pada jalan kebaikan dan mempermudahkan segala jalan menuju ke arah tersebut.
Semoga bermanfaat.
Ucapkanlah Kalimah Ini Bila Telah Senang
Senang kat sini maksudnya mudah je, boleh buat apa yang kita nak buat dan beli sewaktu susah dan zaman kekurangan dulu. Contohnya, dulu nak makan daging setiap minggu pun susah, sekarang dah senang dan boleh bebila masa nak makan daging. Dulu nak jalan makan angin ke negeri sebelah pun tak terfikir, sekarang dah boleh makan angin seminggu ke pulau impian. Hehe.. Gitulah maksudnya.. Bukannya senang jadi jutawan. Senang adalah bila Allah dah gandakan rezeki kita berbanding sebelumnya.
Bacaan kalimah yang boleh diucapkan ketika waktu senang
Alhamdulillahilladzi bini'matihi
tatimmussoo lihatu
Maksudnya:
Segala puji hanya milik Allah yang dengan nikmatNya segala kebaikan menjadi sempurna.
Semoga dengan kesenangan yang dikurniakan oleh Allah SWT, kita menerima kebaikan yang berganda dan menjadikan hidup kita bahagia sempurna dengan iringan rahmat dan kasih sayang Allah.
Allah kurniakan kita kesenangan agar kita menggunakannya pada jalan kebaikan dan mempermudahkan segala jalan menuju ke arah tersebut.
Semoga bermanfaat.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.