Allah Maha Mengetahui Dosa Hamba-HambaNya. Semua orang melakukan dosa, besar atau kecil tetap diberikan balasan atas setiap perbuatan tersebut. Jika kita dah tahu sesuatu itu berdosa, maka hentikanlah perbuatan tersebut. Cepat-cepat bertaubat dan usah ulangi kesilapan atau kesalahan yang sama. Ya.. memang benar Allah Maha Pengampun, Maha Pengasih tetapi.. adakah kita tergamak melakukan perkara yang sà ma berulang kali dan kemudian menghadap Allah lagi dengan penyesalan yang serupa. Adakah kamu jahil? Berubahlah setelah bertaubat.. makin Allah sayang hambaNya yang terus berjihad melawan masa lalu yang jahil. Sebab, semua orang ada masa lalunya. Namun jangan bangga menayangkan masa lalu kamu kepada orang yang tidak tahu sedikitpun.
Cukuplah Allah SWT sahaja yang mengetahui akan dosa-dosa kamu. Bukan bangga bercerita akan hal kamu yang telah berlalu.
Allah Maha Mengetahui Dosa Hamba-HambaNya
Peringatan dari Al Quran
Surah Al-Furqan (Pembeza) 25 : 58
Dan bertawakallah kepada Allah Yang Hidup, yang tidak mati serta bertasbihlah dengan memuji-Nya. Dan cukuplah Dia Maha Mengetahui dosa hamba-hamba-Nya.
Kita digalakkan untuk menyimpan rapi dosa-dosa kita yang lalu dan biarlah itu menjadi rahsia kita dengan Allah SWT.
Jika kita tak heboh dan bangga dengan dosa sendiri, pasti Allah menyimpan aib kita dari terdedah kepada orang lain.
Ada banyak kesan buruk bila dosa silam kita terdedah secara sengaja atau sebaliknya. Antaranya:
1. Institusi kekeluargaan jadi pecah belah terutamanya hubungan suami isteri, ibu bapa adik beradik dan sebagainya.
2. Kita dipandang rendah dan di hina oleh orang sekeliling walaupun telah bertaubat.
3. Merasa rendah diri dan lemah semangat untuk berubah, terutama jika orang sekeliling tidak membantu kita.
4. Kemungkinan kembali dan terjebak semula kepada kesilapan lampau adalah lebih besar, kerana tiada guna lagi untuk berubah.
Oleh itu, sebaik-baik cara untuk kekal istiqamah dalam menuju perubahan yang baik dan meninggalkan dosa-dosa silam adalah dengan menyimpan dosa-dosa dan aib-aib kita dalam diri sendiri.
Kerana, kebiasaannya menyimpan dosa-dosa kita dengan Allah sahaja akan menyelamatkan diri kita dari menjadi mangsa keadaan.
Insya Allah, bersama-sama kita menuju masa depan yang lebih baik dan diredhai.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.