SPA9 Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Mulai 28 September 2020, SPA8i akan digantikan dengan sistem yang baru. Bagi calon yang mahu bekerja dalam sektor awam, kena alert dan ambil tahu tentang pertukaran sistem baru ini. Kalau nak daftar, kena cepat dan ikuti cara-caranya pada portal SPA9 yang mula diaktifkan pada 28 September 2020.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menggunakan Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) sepenuhnya bagi menggantikan borang pendaftaran pekerjaan dalam perkhidmatan awam (SPA8i) mulai 28 Sept ini.
SPA dalam kenyataannya hari ini berkata pemohon sedia ada yang akaun pendaftaran masih belum tamat tempoh di bawah SPA8i, tidak perlu mendaftar semula untuk SPA9 kecuali untuk menyemak status permohonan atau memohon jawatan baharu.
Pemohon boleh merujuk kepada panduan pendaftaran SPA9 portal SPA untuk memohon jawatan, katanya.
Tarikh/Masa Mula : 23 September 2020 (Rabu) / 10.00 pagi
Tarikh/Masa Tamat : 28 September 2020 (Isnin) / 10.00 pagi
Untuk makluman, SPA berada pada fasa terakhir bagi menaik taraf sistem sedia ada untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik. Sehubungan dengan itu, penutupan Borang SPA8i dibuat bagi melancarkan proses peralihan tersebut.
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Hotline SPA di talian 03-8091 9000 atau melalui Sistem ePertanyaan SPA di pautan https://aduan.spa.gov.my .
Selamat tinggal SPA8i.. lama dah sistem ni kan? Siapa yang tak pernah cuba masuk dan daftar SPA8i dulu, memang tipu. Paling tidak, kita pernah cuba sekali. Saya pernah guna SPA8i mohon kerja PTD - Pegawai Tadbir Diplomatik. Dapat sampai level 2 punya exam je, lepas tu senyap je. Kalau senyap sepi tu faham-faham sudah la, gagal jawabnya.. hehe
Carian SPA9 Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Tak tahu nak cari link dia? Jangan susah hati, klik je pada pautan di bawah ..
Terus ke pautan SPA9
SPA dalam kenyataannya hari ini berkata pemohon sedia ada yang akaun pendaftaran masih belum tamat tempoh di bawah SPA8i, tidak perlu mendaftar semula untuk SPA9 kecuali untuk menyemak status permohonan atau memohon jawatan baharu.
Pemohon boleh merujuk kepada panduan pendaftaran SPA9 portal SPA untuk memohon jawatan, katanya.
Petikan dari portal SPA kerajaan,
Tarikh/Masa Mula : 23 September 2020 (Rabu) / 10.00 pagi
Tarikh/Masa Tamat : 28 September 2020 (Isnin) / 10.00 pagi
Untuk makluman, SPA berada pada fasa terakhir bagi menaik taraf sistem sedia ada untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik. Sehubungan dengan itu, penutupan Borang SPA8i dibuat bagi melancarkan proses peralihan tersebut.
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Hotline SPA di talian 03-8091 9000 atau melalui Sistem ePertanyaan SPA di pautan https://aduan.spa.gov.my
Semoga anda yang berminat bekerja di sektor awam, segeralah berdaftar pada pada link tersebut ya.
Semog kejayaan milik anda semua.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.