Jalan-Jalan Cari Makan Tauhu Bakar Terbaik. Petang ini hujan lebat di bumi Johor, JB membuatkan perut asyik lapar walau dah makan macam-macam dari peti ais. Buah jangan cakap la, mempelam dan epal pun saya bedal. Ada lebihan biskut dalam tin pun saya kunyah. Tetapi, memang hujan-hujan perut mudah lapar. Bukan saya je, ramai yang kata. So, kita serupaaa.. 😂😂 lepas asar kami saja keluar nak beli barang dapur. Bila dah habis berbelanja, perut masih nak di isi juga. Si bujang kata makan ringan-ringan seperti fries, bubur dan sebagainya. Saya cadangkan tauhu bakar. En suami okay je. Saya pun happy la..
Tauhu bakar tak senang nak cari, bukan semua tempat ada jual tauhu bakar. Si bujang sempat search dan dapat satu pusat makan ada menyediakan menu tersebut.
Jalan-Jalan Cari Makan Tauhu Bakar Terbaik
Oleh kerana kami tak tahu samaada tauhu bakar kat sini sedap atau sebaliknya, kami order untuk satu set dahulu. Meh la layan gambarnya..
Tauhu bakar yang amat sedap terbaik, dengan kuah kacangnya yang lemak manis, tauge dan timun yang rangup. Alhamdulillah.. memang memuaskan hati.
Selain itu, kami order juga nasi ayam penyet, char kue teow special dan kentang goreng. Makan kongsi-kongsi. Cukuplah untuk 3 orang dewasa punya perut.. 😅😅
Char kue teow yang amat sedap, banyak dan kuahnya pun sedap, pekat dengan pecahan telur. Dah reseki kita orang dapat hidangan terbaik petang ni..
Nasi ayam penyet, ayam dia guna ayam kampung. Memang terasa rempah dia dengan sambal belacan dia.. umphh sangat!
Habis semua kita layan hingga kosong pinggan. Nasib baik tak ada yang menjilat pinggan..

0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.