Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kenapa Pipi Tembam?

Kenapa pipi tembam macam pau? Pau sedap bila dimakan panas-panas tetapi pipi tembam macam pau pula tak boleh nak dimakan. Kalau budak-budak dah lama kita cubitkan tetapi kalau dah jadi mak budak, nak buat apa? Kita cubit dia, dia tampar kita balik! Huhu.. tapi kenapa ya pipi tembam? Sebab suka ketawa kut? Orang yang happy, suka ketawa kebanyakannya berwajah agak bulat dan tembam. Orang kata happy go lucky je! 


Adik beradik saya kebanyakannya berwajah bulat dan agak tembam walau mak dan ayah saya tak macam itu. Mungkin kami suka ketawa sejak kecil, jadi tulang muka jadi besar. Nmpak la muka kami bulat. Dan tembam.. kekadang kalau pakai tudung siap nak sorok muka tembam tu.. hehe, tapi orang kata kami semua awet muda. Tak nampak tua pun. Haha.. itulah kelebihan orang berwajah tembam. Ramai juga orang lelaki yang suka perempuan berwajah tembam. 

Kenapa wajah jadi tembam jika badan pula agak kurus. Apa sebabnya? Jom baca di bawah..

Kenapa Pipi Tembam Macam Pau?


Ada orang kata pipi tembam tu comel. Ada pula orang kata pipi tembam awet muda. Muka tak dimakan usia? Betul ke? Dan ada sesetengah pendapat mengatakan pipi tembam disebabkan keturunan, tulang rangka muka besar. Ya ke? Yang mana satu ni?

Kenapa Pipi Tembam?

Sebab-sebab pipi tembam adalah:

1. Kurang minum air putih

2. Terlalu banyak makan fastfood @ makanan ringan

3. Kurang bersena

4. Makan tak berhenti

5. Terlebih makan garam

6. Kurang tidur

Hmm.. ada lagi nak tambah sebab lain ke? Apa pandangan korang pula dengan pendapat di atas? Adakah semuanya betul?

Bila ditelek dan belek, rasanya semua sebab di atas tu betul. Sebab, benda di atas tu menyebabkan kita kurang aktif, rasa malas dan akhirnya badan jadi bulat, secara automatik pipi pun naik macam pau. 

Secara amnya, nak pipi runcing, panjang dan mulus, kenalah jaga kesihatan dan pemakanan. Apa yang kita makan itulah yang menunjukkan penampilan kita yang sebenar.

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Agaknya ramai tak perempuan yang suka lelaki pipi tembam.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close