Makanan Yang Membantu Tidur Nyenyak. Tidur nyenyak memang menjadi impian setiap orang. Bila tidur nyenyak kita dapat bangun keesokan paginya dengan wajah yang ceria. Pagi hari kita sangat produktif dan segar, insya Allah idea baru senang hadir dalam memudahkan urusan kita. Makanan juga memainkan peranan penting dalam proses kita menjaga kesihatan dan antaranya dalam mengatur waktu tidur kita dengan betul.
Mari kita mulakan aturan makan kita dalam kehidupan seharian agar segala urusan dapat dilaksanakan dengan licin.
Makanan Yang Membantu Tidur Nyenyak
Orang kata nak tidur jangan minum kopi atau minuman manis, nanti terus tak boleh tidur. Nanti mata berjaga sampai ke pagi. Jadi, mari kita lihat senarai makanan yang sesuai diambil sebelum tidur.
Makanan bantu tidur nyenyak |
Senarai makanan yang membantu tidur nyenyak
1. Telur
2. Pisang
3. Susu
4. Kuaci bunga matahari
5. Dark chocolate
Haaa.. itulah senarai makanan yang boleh mambantu anda tidur nyenyak. Kalau tidur nyenyak, kita dapat bangun tidur dengan segar dan bertenaga. Badan pun rasa selesa dan minda berfungsi dengan baiknya.
Ada orang yang salah anggap, bila tak boleh tidur pergi hisap rokok, minum nescafe, ngeteh kedai mamak dan sebagainya.
Itu semua silap ya kekawan. Kita kena elakkan makanan yang boleh menganggu waktu tidur kita. Terutamanya jika kita kena bangun keesokan harinya dengan badan dan minda yang segar. Contohnya kerja yang berkaitan dengan orang ramai seperti doktor, perbankan, khidmat pelanggan dan banyak lagi.
Semoga bermanfaat.
1 Comments
kadang2 memang Cik TK minum susu sebelum tidur
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.