Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Rahsia Ayat Laqod Ja'akum Surah At Taubah 128 - 129 Amalan Rasulullah

Rahsia Keajaiban Ayat Laqod Ja'akum Amalan Rasulullah. Selalu dengar orang baca ayat ini terutama bila usai solat fardhu subuh, dari surau berdekatan rumah. Sambil kita habis solat, duduk sekejap atas sejadah.. dengarlah ustaz ni berdoa, dan antara doanya adalah ayat dari al Quran yang dimulai dengan ayat, LAQOD JA'AKUM.. memang masa tu tak ambil endah sangat. Sebab, kita pun ada banyak rangkaian doa yang ustaz-ustaz pernah ajarkan. Lama-lama terfikir, apa istimewanya ayat ini hinggakan ustaz membacanya banyak kali. Lepas tu, terbaca dalam IG seseorang hamba Allah berkongsi mengenainya. Sekarang dah faham mengapa ayat al Quran yang bermula dengan Laqod Ja'akum ini amat disukai dan diamalkan oleh para solihin. 
Ayat Laqod Ja'akum ini adalah dari surah at Taubah ayat 128. Cuba ambil al Quran dan lihat maksud dan kandungan seluruh ayat dari surah at Taubah ni.. sama-sama kita kembali kepada al Quran.

Rahsia Keajaiban Ayat Laqod Ja'akum Amalan Rasulullah Selepas Solat Fardhu


Amalan rasulullah dalam ibadah harian, antaranya adalah dengan mengamalkan ayat dari al Quran, seperti di bawah..

Rahsia Ayat Laqod Ja'akum Surah At Taubah 128 - 129 Amalan Rasulullah

Surah ini diturunkan di Madinah, mengandungi 129 ayah, dinamakan 'at Taubah'  iaitu taubat, kerana pada ayat 117, disebutkan perihal golongan yang telah bertaubat dari perbuatan mereka yang salah. Lalu Allah menerima taubat mereka dan mengampunkannya.

Rahsia Keajaiban Ayat Laqod Ja'akum Amalan Rasulullah Selepas Solat Fardhu

Ayat Laqod ja'akum dalam rumi


Laqod ja'akum rasuulum min anfusikum 'aziizan 'alaihi
Maa 'anittum harisun 'alaikum bil mukminina ra'ufurrahiim..

Fa'inttawallau fakul hasbiyallahu laailaaha illahuu
'alaihitawakkaltu wahuwarabbul arsyil 'adziim

- (Surah at Taubah, ayat : 128 -129)

Maksud ayat 128 - 129 surah at Taubah:


Maksud ayat 128

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

Maksud Ayat 129

Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang tinggi.

Khasiat ayat Laqod ja'akum..


1. Jika dibaca 7 kali setiap hari, maka ia boleh memudahkan urusan dunia dan akhirat.

2. Jika dibaca pada waktu pagi, ia boleh menjauhkan ancaman pada hari itu. Begitu juga dibaca pada waktu petang. Boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya. 

3. Insya Allah, ayat ini juga boleh menambahkan keteguhan keimanan seseorang itu kepada Allah SWT.

4. Apabila sampai pada waktu ajal kita, kita tidak akan dapat membaca 2 ayat ini walaupun sebelum ini kita dah biasa membaca dan mengamalkannya. Allah memberi kita petunjuk bahawa ajal kita sudah semakin hampir. Dan, pada saat dan waktu itu, kita seakan-akan lupa ayat ini. Itu tandanya ajal kita sudah hampir tiba. Inilah salah satu petanda Allah beri pada hambaNya yang mengamalkan surah at Taubah ayat 128 - 129 ini. 

5. Jika menghadapi musibah dan ujian rumahtangga, amalkan surat at Taubah ayat 128 - 129, insya Allah, Allah akan mengangkat masalah tersebut. Yakinlah dengan kekuasaan Allah. Zikir inilah yang dipesankan oleh Ustaz Ebit Lew.

Cara membacanya:


Cara mengamalkan ayat ‘Laqod Jaa’kum’ ialah dengan dibaca sebanyak tujuh (7) kali selesai solat fardhu terutamanya solat subuh dan mahgrib.

Semoga perkongsian tentang ayat Laqod ja'akum dan rahsianya dapat mengangkat darjah dan keteguhan iman kita kepada Allah SWT. DIA yang menyimpan segala rahsia hambaNya, hidup, mati, jodoh dan sebagainya. 

Apa yang penting adalah bertaubat sebelum terlambat. Usah bertaubat ditangguh-tangguh kerana kita tak tahu pada bila dan di mana masanya kita akan kembali ke tanah.

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Read More ....


Post a Comment

3 Comments

  1. Allahuakbar...setiap kali berzikir ayat lakod ja akum..hingga habis..hati dgn sendirinya sayu,air mata pasti mengalir..
    .saat kesusahan...fahamkan ertinya
    Saat teringatkan nabi muhammad saw..perjuangan baginda menegakkan agama islam..air mata bagaikan hujan..
    Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy amalkn tiap kali lepas solat 7x yg menabjubkn masa sy perlukn duit utk sesuatu yg penting.. ada hamba Allah bagi pd sy pinjamkn wang.. Allah bagi jalan.. subhanallah.. saat tu sy baca dn bertawakkal.. keadaan keje yg sibuk kdg2 xsempt nk baca tiap2 kali lepas solat.. tp tiap2 hari mesti xpernah tinggal membacanya.. insyaAllah..

      Delete
  2. Jadikan ianya Amalan harian...Insya Allah

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close