Rahsia Hafal 3 Surah Ini Sebelum Dijemput Kematian. Kematian bisa menjemput pada bila-bila masa, di mana pun jua. Kita tak ketahui bilakah ajal kan menjemput tiba kerana ia adalah rahsia Tuhan yang Maha Esa. Tetapi, semua makhluk bernyawa dalam dunia ini pasti mengharapkan sempat membuat persediaan sebelum ajal, membawa bekalan yang dapat menjadi "teman" kita nanti di alam sana. Insya Allah, moga Allah izinkan. Apa yang patut kita sediakan, apa yang boleh kita lakukan sebelum itu semua berlaku? Baiklah.. selain kita melaksanakan segala suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya. Maka, kita kena juga melakukan amalan lain bagi meningkatkan darjat kita disisiNya. Antaranya, amalkan 3 surah ini iaitu al Kahfi, al Mulk dan al Baqarah. Hafal dan amalkan 3 surah ini, sebaik-baiknya hafal sebelum ajal tiba.
Hafal 3 Surah Ini Sebelum Dijemput Kematian
Apakah 3 surah yang disarankan untuk kita hafal dan amalkan sebelum kematian menjemput tiba? Mengapa pula 3 surah ini amat bermanfaat dihafalkan? Apakah kesannya?
1. Surah al Mulk
Surah al Mulk mengandungi 30 ayat, biasa baca surah ni sewaktu nak masuk tidur. Rasulullah SAW sebut, sesiapa yang membaca al Mulk maka tiada pertanyaan malaikat Munkar dan Nankir, dan tiada azab kubur bagi dirinya.
2. Surah al Kahfi
Surah al Kahfi mengandungi 110 ayat, Rasulullah sebut bagi sesiapa yang membaca surah al Kahfi, maka cahaya akan meneranginya. Dan sesiapa yang menghafal 10 ayat awal dan 10 ayat akhir surah al Kahfi, maka akan terpelihara dari fitnah Dajjal.
3. Surah al Baqarah
Surah al Baqarah mengandungi 286 ayat, sesiapa yang melazimi surah al Baqarah di dalam rumahnya, syaitan tak akan berani masuk ke dalamnya. Maksudnya, bila syaitan tak ada dalam rumah, insya Allah ahli rumah tersebut berada dalam kebaikan dan di landasan jalan yang betul, dalam rahmat Allah selalu.
Semoga perkongsian tentang rahsia 3 surah yang mesti dihafal sebelum dijemput ajal di atas dapat memberikan manfaat kepada kita semua.
Sebarkan bahagia, sebarkan kebaikan.
1 Comments
Thanks for sharing.
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.