Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Siakap Sweet Sour Dengan Daun Limau Purut Yang Segar

Siakap Sweet Sour Dengan Daun Limau Purut Yang Segar. Dah lama tak "up" cerita orang bujang kat rumah memasak hidangan makan kita orang. Orang bujang yang mana? Yang itulah.. anak bujang ku! Sekarang masih cuti semester yang bersambung dari MCO sejak bulan April lagi. So, kerja dia kat rumah jadi driver saya dan tukang masak tak rasmi. Apa je yang dia masak, kami makan. Tak ada apa nak dikomen pun, alhamdulillah semua sedap dan kena tekak mak dan ayahnya. Yang rajin komen tentulah adiknya, sebab jeles abang dia pandai masak. Haha..

Tapi, dalam si adik banyak komen, dia makan habis apa abang dia masak. Cuma jika ada menu yang agak pelik, dia tak makan langsung. Dari bau dah tahu si abang cipta resepi baru atau guna bahan yang baharu. Memang tajam deria bau dia..


Siakap Sweet Sour Dengan Daun Limau Purut Yang Segar


Lunch tadi dia masak Siakap sweet sour dengan daun limau purut. Buka tudung saji je dah bau harum daun tu. Ingatkan masak tomyam ayam, rupanya sweet sour siakap. Jom layan gambar di bawah..

Siakap Sweet Sour Dengan Daun Limau Purut Yang Segar

Siakap Sweet Sour Dengan Daun Limau Purut Yang Segar

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap, dibersihkan dan digoreng
2 ulas bawang putih - hiris halus
1 biji bawang merah - hiris halus
1 batang serai - hiris halus
2 inci halia - hiris halus
5 tangkai cili hidup - hiris halus
3 helai daun limau purut - sebagai hiasan
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
1 keping asam keping
Gula dan garam secukupnya

Cara masak siakap sweet sour


1. Goreng ikan siakap telah dilumur kunyit dan garam,  yang telah di potong kecil, hingga garing. Ketepikan

2. Tumis bahan hiris hingga naik bau. Masukkan juga asam keping, sos cili dan sos tomato.

3. Masukkan ikan siakap tadi. Gaul rata

4. Perisakan dengan garam dan gula, jika suka

5. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan kacau sebentar. Matikan api.

Siakap sweet sour dengan daun limau purut sedia untuk dihidangkan.



Jika anda masak dalam wok yang sederhana besar, angkat je semua sekali letak atas meja makan. Haha.. senang, tak payah cuci mangkuk lepas ni. Gitulah style orang bujang masak. Asal boleh dia kata.. yang penting sedap.

Selamat mencuba dan rileks je bila orang bujang masak. Kasi chance orang kata.. 

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. seumur hidup..pernah masak siakap sweet sour nih sekali saja ^_^

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close