Anak-Anak Bermasalah, Mak Bapak Kena Berubah Dulu! Setiap anak adalah amanah Allah kepada ibubapa untuk mencorakkannya dengan warna yang indah dan bersih. Berhati-hati ketika mewarnakan masa depan mereka, dengan halus dan kasih. Jika setelah kita berusaha dengan keras dan ikhlas.. pasti ada belas ehsan Allah untuk memberikan hasil atas apa yang kita usahakan. Allah tak kejam sayang..
Namun begitu, membesarkan anak-anak dengan betul amat besar cabarannya pada zaman ini. Kita kena bersaing dengan pengaruh rakan-rakan sebaya dan juga media sosial dalan proses membesarkan mereka. Siapa yang sabar, kuat dan bijak merebut peluang, dialah yang akan berjaya.
Jadi ibu bapa jangan mudah lemah semangat. Lawan segala cabaran dan dugaan dengan usaha, tawakkal dan doa-doa kepada Allah SWT.
Anak-Anak Bermasalah, Mak Bapak Kena Berubah Dulu!
Bila anak-anak bermasalah, IBU BAPA yang kena berubah dulu. Mesti berubah. Apa kita nak anak kita jadi seperti yang kita inginkan, kita yang tunjukkan demonstrasi tu dulu. Contohnya, kitq nak anak kita solat lima waktu dengan displin, maka kita kena tunjukkan depan mata mereka. Bila masuk waktu je, terus solat jangan berlengah.
Tips berubah untuk ibu bapa:
1. Selagi kita ibu bapa tidak serius dan bersungguh-sungguh untuk membantu anak, usah mengharapkan keajaiban dalam prestasi akademik mereka.
2. Apabila anak bermasalah, antara orqng pertama yang kena ubah bukan anak saja tetapi ibu bapa juga. Pedihkan ayat ini? Itu fakta kehidupan.
3. Orang terakhir untuk give up dengan anak kita adalah KITA, ibubapanya. Kalau kita pun give up, SATU KESILAPAN BESAR! TERAMAT BESAR!
4. Yang mahu anak maju akan sentiasa CARI JALAN. Yang kurang serius dan tidak bersungguh-sungguh selalu BERI ALASAN. Berbalik pada kita, mak ayah!
5. BERTINDAK DAN BUKAN BERLETER! Anak layan drama kat TV waktu malam, tutup saja TV dan suruh dia ke meja study. Tak payah berleter berjela-jela.
6. Mungkin anak-anak yang leka HP tu sebenarnya hanya meniru ibu ayah mereka. Jadi sebelum berleter kat anak, berleterlah kat cermin dulu, pada diri sendiri.
7. Sepatutnya semakin membesar, semakin banyak masa ibubapa luangkan untuk anak kerana semakin banyak cabaran mereka hadapi. Realiti: sebaliknya!
8. Serius mahu anak cemerlang di sekolah? Serius? NO TV & NO HP PADA MALAM PERSEKOLAHAN! Titik.
9. TIDAK ADILKAN? Anak study, mak ayah abang kakak dok layan TV. Ingat ini: kejayaan anak perlukan pengorbanan seluruh keluarga.
10. ANAK RAJIN, sebab ibu bapa rajin tegur, RAJIN ambil peduli, RAJIN bertegas, dan sebagainya. ANAK MALAS pula?
11. Mudah bantu anak yang ada halatuju. Bagaimana? Rajin sembang dengan anak-anak secara santai dari semasa ke semasa agar dia mula fikir masa depannya.
12.Berminat mahu anak berjaya tak cukup.Anda kena komited. Berminat: Buat selagi tidak menyusahkan. Komited: Buat walaupun menyusahkan.
13. Apa ada pada LCW, Nicole David, Azizul Hasni Awang dan lain-lain juara? TINGGI DISPLIN DIRI. Anak kita? Didiklah mereka berdisplin diri tinggi.
14. Apabila anak, lelaki atau perempuan dibiarkan ibubapa bebas layari laman lucah dalam HP, maka macam-macam porak peranda moral berlaku dalam keluarga.
15. Seorang ibu ayah di penghujung ayat pasti berkata, "Saya patut bagi lebih banyak masa di rumah dengan anak-anak, bukan di tempat kerja." , TOO LATE!
16. Anak tak pernah teenggelam atau lemas dalam kasih sayang berlebihan. Anak selalunya tenggelam atau lemas dalam kemewahan atau kemanjaan berlebihan.
17. Ketika dengan anak kecil usah sibuk ber-HP. Kena kawal diri sama. Anak perhati dan buat apa yang ibubapa buat bukan apa yang ibubapa suru buat.
18. STOP IT! Anak malas boleh diatasi! Mak ayah malas? Malang si anak. Rumah bersepah, pelajaran anak tak kisah. Breakfast tiada. Terseksa anak-anak..
19. Selagi anak sedia awal dalam kelas, 100% tumpuan dalam kelas, rajin ulangkaji dan latihtubi, keperluan kepada tuisyen hampir tiada sebenarnya.
20. Biar anak cepat matang fikiran dan dalam ibadah, bukan matang hati dan perasaan. Lebih-lebih lagi cepat matang dalam dalam pengetahuan berkaitan hubungan kelamin melalui laman web lucah. Takut!!
21. Kalau study malas, homework tak buat, kelas mengantuk sebab berjaga main game, supplement sebutir RM1000 pun confirm tak boleh tolong.
22. Jika betul sayang anak, kawal masa TV, HP dan game. No BF-GF. TEGAS agar mereka rajin belajar dan jaga solat. Insya Allah berjaya.
23. Cuti seminggu: Biar anak MARAH kerana ketegasan ibu bapa paksa dia buat banyak ulangkaji, bukan biar dia SERONOK tak bertepi dengan game dan HP.
24. Jika terpaksa bagi HP kerana anak guna alasan akademik, ibubapa wajib buat syarat: PRESTASI AKADEMIK ANAK MESTI MENINGKAT BANYAK SELEPAS DAPAT HP!
Semoga coretan di atas membawa manfaat kepada anda semua di luar sana dan menjadikan kita ibubapa yang faham dan jelas dalam usaha memperbaiki akhlak dan hala tuju anak-anak kita.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.