Beli Sambal Hitam Pahang Dari Shopee. Atau buat sendiri? Terpulang. Sekarang ni saya tengah kemaruk makan sambal hitam pahang, sambal yang pakai belimbing buluh tu. Sedap sangat. Banyak kali dah beli dari Shopee, dari yang dalam paket sampailah yang dalam botol. Semua dah pernah cuba, memang dari pembuat sambal yang berlainan tetapi rasanya tak jauh lari. Masih awesome dan sedap sangat! Mungkin ada yang tak minat, kata biasa je rasanya dan macam-macam lagi. En suami pun tak berapa gemar, lebih sedap sambal belacan katanya. Iya la, lain orang lain citarasa. Saya dan hero sulung saya sama citarasa. Sebelum ni beli 5 paket, 2 makan di rumah lagi 3 paket dia bawak terbang oversea. Haha.. Sekarang ni ibu dia beli lagi banyak.. Tak tau siapa nak perabis nanti. Boleh habis punya! 😁😁😁
Ada cara yang istimewa nak masak sambal hitam pahang ni. Bukan sejam dua nak masak dia, kena berjam-jam sebab tu harga dia agak mahal. Proses pembuatannya yang agak rumit dan lama. Banyak makan gas tu..
Bahan-bahan di bawah adalah cara masak sambal hitam pahang untuk makan sekeluarga, bukan untuk berjualan atau berniaga ya. Harap faham..
3. Tumbuk cili padi sehingga halus, tumbuk bersama bawang merah sehingga lumat. Tumbuk juga belimbing buluh separuh lumat.
Boleh disimpan dalam bekas kedap udara dan boleh simpan dalam peti sejuk untuk lebih tahan lama.
Inilah sambal hitam pahang yang saya beli di Shopee. Beli dua botol, satu original dan satu lagi extra pedas. Memang berbaloi juga, harganya RM15.00 sebotol.
Sambal hitam pahang ni makan gitu je dengan nasi putih panas, memang terangkat! Sambil tu goreng telur mata. Cukup dah! Tak payah lauk lain. Sebab sambal hitam pahang ni rasa dan bau dia je dah menaikkan selera makan. Hmm.. jangan berpinggan-pinggan sudah.
Beli Sambal Hitam Pahang Dari Shopee Atau Buat Sendiri?
Bahan-bahan di bawah adalah cara masak sambal hitam pahang untuk makan sekeluarga, bukan untuk berjualan atau berniaga ya. Harap faham..
Resepi Sambal Hitam Pahang Buat Sendiri Mudahnya
Bahan-bahan
10 biji belimbing buluh
1/2 cawan cili padi
2 cawan ikan bilis yang siap dibersihkan serta dikupas.
6 biji bawang merah ditumbuk
5 sudu besar kicap
1 cawan minyak masak
garam dan gula secukup rasa
Cara buat sambal hitam pahang sendiri
1. Belimbing buluh, cuci belimbing hingga bersih, masukkan kedalam periuk tanpa air dan reneh dengan menggunakan api yang kecil.
1/2 cawan cili padi
2 cawan ikan bilis yang siap dibersihkan serta dikupas.
6 biji bawang merah ditumbuk
5 sudu besar kicap
1 cawan minyak masak
garam dan gula secukup rasa
Cara buat sambal hitam pahang sendiri
2. Biarkan sehingga belimbing kecut dan mengeluarkan jusnya sendiri, kacau selalu supaya tidak hangit, rebus sehingga warna belimbing bertukar menjadi coklat.
3. Tumbuk cili padi sehingga halus, tumbuk bersama bawang merah sehingga lumat. Tumbuk juga belimbing buluh separuh lumat.
4. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukan bahan-bahan tumbuk sekaligus dan tumis lah sehingga bahan tersebut menjadi kering dan garing.
5. Tambahkan kicap, garam dan gula secukup rasa. Biarkan sambal kering seperti serunding, bila dah elok masak, tutup apinya dan angkat toskan minyak.
Boleh disimpan dalam bekas kedap udara dan boleh simpan dalam peti sejuk untuk lebih tahan lama.
Jika kita buat sambal pahang hitam sampai kering dan masak dengan masa yang sesuai, ia boleh bertahan dari 1 hingga 3 bulan.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.