Cara Kekal 500 Kalori Sehari Dengan Mudah. Mudah tak mudah la ya kekawan, kalau namanya maintain atau konsisten itu yang sukar sebenarnya. Terutamanya bab makanan. Kalau tak makan lapar. Kalau makanan sedap-sedap, makan sikit nanti rugi. Dah balik teringat-ingat. Terutamanya bila pergi open house atau majlis perpisahan atau kenduri kahwin. Konon nak makan sikit je, sopan santun. Dah balik rumah mengagau cari maggi sebab lapar. Hah! Macam mana tu? Tepuk dada tanya selera, ok! Tapi kalau anda konsisten, sabar tahap gaban.. anda akan dapat manfaatnya juga. Jika anda nak jaga kesihatan, nak mudah pergerakan, nak senang buat kerja di pejabat dan tak menyusahkan orang lain, maka kawallah kalori anda sendiri. Kat bawah ni saya share kan dari FB Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tentang cara mudah kira kalori anda sendiri terutama dalam musim perayaan. Bukan raya aidilfitri je, semua raya lah dalam Malaysia ni.. kena berhati-hati mengambil hidangan utama anda dalam sehari.
Semoga cara dan perkongsian dari KKM di bawah ini dapat memberikan anda panduan cara nak konsisten kira pengambilan kalori anda sendiri.
Contoh 1:
Contoh 3:
Contoh 4:
Cara Kekal 500 Kalori Sehari Dengan Mudah
Kalau orang tengah diet, dia akan kira berapa kalori diambil dalam sehari. Sebab itu ramai diet dengan betul perlu ada coach @ jurulatih yang mengawasi diet kita. Jika tidak, ditakuti selepas habis tempoh diet kita pun ke laut.. hehe
Cara nak kekal 500 kalori sehari, iaitu had untuk setiap makan utama.
Lemang 3 potong = 300 kcal
Rendang daging 2 ketul = 130 kcal
1 biji pisang = 62 kcal
Jumlah = 492 kcal
Contoh 2:
Sate ayam 5 cucuk = 200 kcal
Kuah kacang 1 senduk = 130 kcal
Nasi impit 8 kiub = 80 kcal
Timun 1 cawan = 15 kcal
Tembikai 2 potong = 75 kcal
Jumlah = 500 kcal
Nasi dagang 1 pinggan = 445 kcal
Jambu batu 1 potong = 51 kcal
Jumlah = 496 kcal
Nasi impit = 8 kiub kecil = 80 kcal
Sayur lodeh 2 senduk = 130 kcal
Kuah kacang 1 senduk = 130 kcal
Telur 1 biji = 85 kcal
Jambu batu 1 potong = 51 kcal
Jumlah: 476 kcal
Haah! Nampak tak tu kiraan kalori makanan utama yang kita makan pada setiap hari dan juga hari raya. Kalau hari raya lagi mewah kalori kita naik mencanak sebab ada air gas dan kuih muih. Sebab tu lepas raya je, segala baju tak muat dan nak bangun duduk pun susah. Haha...
So, marilah sama-sama kita konsisten kira kalori sendiri bila nak makan. Tak kisah pada waktu pagi, tengahari atau malam. Tetap nak kena sederhana dalam mengambil makanan yang masuk ke perut. Kerana, ia mempengaruhi tahap kesihatan untuk hari-hari mendatang.
Semoga bermanfaat ya..
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.