Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Nabi Muhammad Hilangkan Rasa Sedih

Cara Nabi Muhammad Hilangkan Rasa Sedih. Usah bersedih selamanya. Sedih seadanya sementara saja dan hapuslah kesedihanmu selepas itu. Ada jalan bahagia yang telah Allah lorongkan, pilihlah dari banyaknya cabang bahagia. Sedih selamanya pun tak bagus untuk kesihatan diri dan juga mental kita. Bagaimana kita nak uruskan hari-hari yang mendatang.. jika kita hidup dalam kesedihan. Masalah kita, kesusahan dan musibah yang melanda kita mungkin agak berat tetapi ada orang lain lagi besar masalahnya. 

Mengapa bersedih? Ada banyak sebab mengapa seseorang itu bersedih. Mungkin sebab berjauhan dengan orang tersayang seperti anak-anak, suami atau isteri dan juga ibubapa. Ada pula yang bersedih kerana ditinggalkan orang yang istimewa. Ada pula bersedih sebab dikhianati oleh rakan baik. Itu semua antara sebab mengapa seseorang itu bersedih.


Cara Nabi Muhammad SAW Hilangkan Rasa Sedih


Dalam postingan ini, saya kongsi cara-cara nabi Muhammad menghilangkan rasa sedih.

Cara Nabi Muhamad Hilangkan Rasa Sedih


1. Solat
2. Melihat daun yang hijau
3. Mendengar deruan air yang mengalir
4. Melihat wajah-wajah yang menceriakan
5. Baca al Quran

Cara penyelesaian segala masalah tentulah kita kena kembali kepada Pencipta kita iaitu Allah SWT. Solatlah! Walau dalam bahagia dan sedih. Nabi Muhammad menghilangkan kesedihannya dengan cara mengambil wuduk dan melakukan solat. Solat wajib dan sunat, kedua-duanya amat mujarab menyelesaikan masalah yang sedang kita hadapi.

Betul tu, nak hilangkan sedih juga boleh dilakukan dengan melihat daun-daun hijau di luar rumah. Kalau depan rumah anda ada padang yang luas, pagi-pagi tu boleh hidu bau daun terkena embun pagi.. bestnya! Bau tanah pagi-pagi pun sedap.. itu yang saya buat pagi-pagi sebelum pergi kerja. Bila hati tengah sedih, dapat tengok daunan hijau, hilang segala kesedihan berganti rasa lega.

Seterusnya, dengarkan pula deruan air yang mengalir. Sebab tu ramai orang sedih suka bercuti di tepi laut atau air terjun. Dengan air yang mengalir tu rasa tenang je.. itulah antara cara Nabi Muhammad hilangkan rasa sedih.

Jangan lupa, lihatlah wajah-wajah yang menceriakan di sekitar kita, wajah yang sentiasa tenang dan tidak suka kita bersedih. Sembunyikan kesedihanmu agar sahabatmu tidak ikut bersedih. Juga, Nabi Muhamad akan membaca al Quran untuk hilangkan rasa sedih. Saya pun sama, bila rasa terkilan atau sedih terhadap sesuatu.. terus baca al Quran. Itulah terapi saya sejak dulu lagi.

Akhir sekali, usah bersedih terlalu lama. Anda ada keluarga yang perlukan perhatian anda. Ada orang sekeliling yang baik-baik yang mendoakan kebahagiaan anda. Jadi, usah bersedih. Allah selalu ada. 

Janganlah bersedih atas urusan dunia, kerana kita hanya bertamu di atas tanahNya.

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close