Cerita Makan Malam Dengan Kerang Rebus Dan Siakap 3 Rasa. Cerita dinner kita orang ni agak biasa, makan kat luar sebab malas nak masak, lagipun sekaligus nak potong rambut si bujang kecil tu. Cadangnya esok dah kena balik asrama. Tapi, siapa sangka JB red zone pula kerana jumlah kes baru Covid-19 meningkat saban hari. Lebih 400 sekolah dalam daerah JB diarah tutup dari 1 Nov hingga 14 Nov 2020. So, si kecil ni kena kuarantin sendiri di rumah. Tak mengapalah.. pasti ada hikmah yang menanti. Kita yang terlibat ni lebihkan bersabar dan bertenang ya..
Inilah dia! Kerang rebus dengan sos special dia. Saya memang suka kerang rebus macam ni. Simple, saiz pun mudah dimakan.. maksudnya tak kecil sangat. Dan kulit kerang pun bersih..
Tomyam seafood dengan siakap 3 rasa. Permintaan si kecil. Habis dia ratah ikan sampai ke tulang. Hmm.. sedap la 3 rasa dia. Lain kali boleh repeat makan sini.
Cerita Makan Malam Dengan Kerang Rebus Dan Siakap 3 Rasa
Cerita pasal dinner ni, kita orang cari lah port makan yang ada tomyam sedap. Banyak restoran penuh. Pelik pulak.. ada apa ya? Mungkin sebab hujung minggu kut.
Kita orang sampai satu restoran ni.. tak ramai orang, syok sikit. Order mesti cepat sampai. Apa kita orang order ya?
Jika anda tak tahu nak makan apa.. boleh sesekali makan di luar rumah bagi tukar selera. Kadang-kadang kita kena mencari menu baru dengan menemuinya di restoran atau dapur orang lain.. hehe..
Selamat bersantai..
1 Comments
Selamat menjamu selera.
ReplyDeleteSuka juga kerang rebus.
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.