Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Dinner Nasi Arab Mandi Chicken Dan Lamb Rasa Asli

Dinner Nasi Arab Mandi Chicken Dan Lamb Rasa Asli. Pernah makan nasi arab? Di mana tu? Rasanya sedap tak? Kalau pasal makanan, ada 2 je yang selalu kita fikirkan. Sedap atau tidak, dan harganya murah atau mahal. Betul tak? Biasanya set nasi arab ni mahal. Lebih-lebih lagi jika keluar menu yang pelik-pelik. Bila dah sampai order, rasanya.. hmm.. kelaut pulak. Itulah risiko yang kita kena hadap bila makan nasi arab. Rupa nasi arab tu tak menunjukkan rasanya.

Tetapi memang rezeki kami, sudah beberapa kali mengunjungi restoran nasi arab yang berbeza, masih dapat merasai nasi arab yang sedap dan kena dengan tekak saya dan family.

Dinner Nasi Arab Mandi Chicken Dan Lamb Rasa Asli


Rasa nasi arab yang asli! Itulah nasi arab yang saya makan. Kami makan berdua je sebab hero-hero kami duduk berjauhan kerana mengejar cita-cita. Kami berdua pun, okay lah. Macam tak habis, tapi bila kunyah perlahan-lahan.. habis pulak 😊😊😅



Untuk Mandi Chicken dan Lamb, harganya sekitar RM42, campur dengan air. Masa kami makan ni tiada promosi. Kebelakangan ini pihak restoran ada buat promo, iaitu 2 pax chicken mandi dan lamb pada harga RM38 sahaja. 

Dinner Nasi Arab Mandi Chicken Dan Lamb Rasa Asli

Jika anda pernah makan nasi arab, ada yang tawar dan nasinya keras. Tetapi nasi arab yang kami makan ni, berdekatan dengan rumah. Memang lembut dan penuh rasa nasinya. Rasa lemak masin dan lembut sangat. Memang tak bosan nak makan nasi arab kat sini.

Kalau nak order nasi arab, kena pergi beramai-ramai. Hidangan nasi arab ni memang besar dan banyak jumlahnya. Kalau makan sorang-sorang memang tak habis. 
Dinner Nasi Arab Mandi Chicken Dan Lamb Rasa Asli

Ada banyak jenis nasi arab antaranya Chicken Khabshah Special, Mandy Lamb atau Chicken, Chicken Mansaf Special dan macam-macam lagi.

Selamat menjamu selera semua..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close