Doa Supaya Tak Tinggal Solat. Solat lah dan beribadahlah bersungguh-sungguh umpama kita akan mati esok hari. Berkerjalah bersungguh-sungguh umpama kita akan hidup selama-lamanya. Inilah perumpamaan yang kita boleh pegang agar kita menjadi serius dan penuh komited dalam apa yang kita kerjakan. Usah membuat sesuatu hanya separuh jalan. Serahkan segala tenaga kita atas setiap pekerjaan yang kita lakukan. Setiap hari kita mengharapkan agar kita jadi yang terbaik di hadapan Allah SWT. Kalau boleh kit pun tak mahu meninggalkan solat secara sewenang-wenangnya walau apa yang berlaku. Jadi, selain usaha kita boleh juga berdoa kepada Allah agar kita terus istiqamah tak tinggal solat fardhu dan sentiasa bersedia untuk menghadapnya.
Ada satu doa dari surah Ibrahim yang boleh di amalkan bagi kita yang belum lagi kukuh dan jitu akan amalan solat kita. Semoga Allah bantu kita dalam segala hal.
Doa Supaya Tak Tinggal Solat
Kita berusaha menjadi hambaNya yang terbaik dari segala segi. Kita berdoa agar segala amalan baik kita di terima oleh Allah SWT. Tak mahu apa yang kita buat semua ini menjadi sia-sia.
Doa dalam bahasa,
Doa dalam bahasa:
Rabbij 'alni muqiimassolati wamin dzurriyatii,
Rabbana wataqobbal du'aa..
Maksudnya;
Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan zuriat keturunanku orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.
Doa dalam arab,
Marilah sama-sama kita amalkan doa ini dan agar kita semu termasuk dalam golongan orang yang mendapat petunjuk.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.