Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Pesan Ustazah Asma Harun Untuk Kita Perbaiki Diri

Pesan Ustazah Asma Harun Untuk Kita Perbaiki Diri. Tak rugi jika kita berusaha untuk perbaiki diri, bukan saja kita yang peroleh manfaat malahan orang sekeliling kita pun akan dapat manfaat yang serupa. Bila kita berniat baik, Allah akan bantu dan lorongkan kita dengan orang yang baik-baik di sekitar kita. Dalam tak sangka, kita mengenali orang baru, menjalin silaturrahim dan mendapat pengalaman berharga. Kerana kita tak tahu apa yang Allah rencanakan, sehingga kita melalui takdir tersebut. Maha Berkuasanya Allah melaksanakan sesuatu jika DIA Berkehendak. Serupa juga bila kita melayari media sosial, apabila ada yang berkongsi tentang kebaikan, maka kongsikanlah kepada yang lainnya tanpa di paksa. Kita tak tahu amalan kita yang mana satukah yang akan membuka pintu taufik dan hidayah kepada seseorang yang lain. Wallahu'lam.

Pesan Ustazah Asma Harun Untuk Perbaiki keluarga kita


Pesan Ustazah Asma Harun Untuk Kita Perbaiki Diri


Rupanya Allah nak tegur banyak benda dari Ustazah Asma, yang sering kita lihat ceramahnya di kaca TV dan juga media sosial yang lain. Melalui bacaan saya di Fb, saya kongsikan pula kepada anda semua sebagai renungan.

1. Kalau rasa sempit, banyak sangat masalah dunia maka rajin-rajinkan diri untuk ke majlis ilmu. Ustazah cerita masa kerja bahagian kaunselor rumahtangga, ada yang mengadu masalah keluarga bab kewangan selalu je tak cukup. Ustazah cuma pesan suruh bawa isteri dan anak-anak ke majlis ilmu. Tak mampu tiap hari, pergi sebulan sekali, atau 2 kali sebulan, atau seminggu sekali. Tak tahu apa kaitannya tapi ustazah kata insyaAllah nanti Allah akan bantu. Qadarallah beberapa bulan kemudian, hamba Allah ni telefon bagitahu masalahnya selesai asbab pergi majlis ilmu. Bawa isteri dan anak-anak ke masjid. Awalnya duduk luar, isteri pun tak berapa nak ikut. Tapi lama-lama mereka duduk bersama dalam masjid. Masalah kewangan selesai sebab mereka dah nampak punca masalah adalah nafsu yang besar. Isteri tiap kali nampak iklan, nak beli. Nak makan mewah. Nak macam-macam. Tapi bila selalu ke majlis ilmu, Allah bagi cukup. Rasa qanaah (merasa cukup dengan apa yang ada). Tengok iklan apa-apa pun isteri tenang saja tak ada merengek minta dibelikan. Anak-anak pun tak minta nak makan besar selalu jadi Allah cukupkan duit dengan qanaah. Tak kisah dah benda lain, kalau ada maka mereka nikmati. Subhanallah. Lazatnya kemanisan bila Allah beri rasa qanaah. Tak kisah sangat, tak merajuk kalau tak dapat. 

Kalau tak sempat pergi ke majlis ilmu seperti di masjid atau surau, mendengar ceramah agama di TV atau youtube juga boleh dikategorikan sebagai majlis ilmu. Itu namanya kemudahan. Islam itu sederhana dan indah. Ia tak menyusahkan. Yang penting kita mendengar dan melihat sesuatu yang bermanafaat dan mendapat pahala kebaikan dari perbuatan tersebut.

2. Sentiasa jaga solat. Rezeki jaga solat ni tak semua orang rasa walaupun belajar agama kerana manusia sentiasa sibuk dengan urusan dunia. Kalau Allah sibukkan kita dengan dunia sehingga solat terabai, kena susah hati sangat-sangat. Orang lain sebelum masuk waktu dah bersiap awal 30 minit. Untung bagi mereka yang Allah bagi rezeki khidmat pada masjid. 30 minit sebelum azan dah siap nak ke masjid pasang kipas, buka lampu, hidupkan penghawa dingin. Di saat orang lain masih sibuk dengan urusan dunia, bilal azan baru terkocoh nak bersiap tapi ada manusia yang dia bersiap sebelum azan. 

3. Ajar adab kepada anak-anak kerana mendidik anak seawal usia ibarat mengukir pada batu. Lama kekal. Kalau didik bila anak dah dewasa umpama menulis pada air, sekali air lalu semuanya hilang. Tapi, tak ada istilah terlambat. Better late than never. Berdoalah banyak-banyak. Sebagai ibu, sentiasa doa untuk anak-anak. Doa paling mudah adalah doa Nabi Ibrahim. Rabbi habli minassolihin. 

4. Lazimi anak-anak berdoa dan menghayati doa yang dibaca. Ajari anak-anak mengarang doa panjang-panjang bila nak meminta dan berdoa kepada Allah. Sebab apa? Sebab Allah Maha Kaya, mintalah banyak-banyak. Kalau yang dimohon tu 10, paling tidak bila Allah kabulkan 5 permintaan kitapun dah happy sangat.

Paling mudah bila anak mumaiyiz ajak anak amalkan baca mathurat pagi dan petang sebagai pelindung diri. Kita tak mampu jaga anak 24 jam. Kita tak boleh kawal anak 24 jam. Kita nak anak kita dikelilingi orang soleh, kena doa minta Allah lindungi anak-anak, dapat guru yang ikhlas mendidik, kawan-kawan yang berakhlak. Allah saja yang boleh jaga anak-anak kita.

 Ø±َبِّ Ù‡َبْ Ù„ِÙŠ Ù…ِÙ† Ù„َّدُنكَ Ø°ُرِّÙŠَّØ©ً Ø·َÙŠِّبَØ©ً ۖØ¥ِÙ†َّÙƒَ سَÙ…ِيعُ الدُّعَاءِ 

Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. (Surah Ali-Imran ayat 38)

Semoga perkongsian di atas memberikan manfaat kepada kita semua. Sama-sama kita berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya dan percaya kepada pemberian dari Allah samada ujian atau kebahagiaan, pasti ada hadiah hikmah di sebaliknya.

Dikongsikan dari FB Ummu Amir, ditambah baik oleh Admin 💕

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close