Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Petua Hilangkan Batuk Dan Kahak Serta Gatal Tekak

Petua Hilangkan Batuk Dan Kahak Serta Gatal Tekak. Batuk memang menyakitkan, tekak dan perut. Bila batuk je, mesti sampai tekan-tekan perut dan dia punya gatal rasa nak garu je tekak kita tu kan. Tetapi tak boleh.. 😅😅 tindakan pantas adalah terus minum air suam. Rasa lega sikit. Kita yang dah dewasa ni pun sukar nak handle bila batuk, apatah lagi anak-anak kecil. Batuk mesti di rawat segera kerana air liur yang tersebar dari orang yang batuk boleh berjangkit. Kalau satu opis batuk, semua akan berjangkit batuk sampai berlawanan. Haha.. macam irama pulak..

Kalau anda batuk, dengan teruk dan dalam jangka masa yang lama, disaran untuk bertemu doktor dan pakar dalam kesihatan. Petua atau tips hilangkan batuk dalam perkongsian di blog ini adalah sekadar bagi mengurangi batuk tersebut sebagai alternatif sahaja. 

Ada yang batuk sebab minum air batu, munykin air mentah. Boleh je guna petua di bawah. Ada pula batuk sebab makan makanan atau buah-buahan jenis sejuk, boleh juga gunakan petua dia bawah ini. 

Petua Hilangkan Batuk Dan Kahak Serta Gatal Tekak


Kita lihat satu persatu petua nak hilangkan batuk dan kahak serta gatal tekak. 

JINTAN MANIS 


○ Selain Oregano, herba seperti jintan manis juga mempunyai manfaat yang sangat baik dalam melegakan batuk yang teruk. 

Jintan manis penawar batuk


○ Tambahkan 1 sudu teh jintan manis ke dalam 1 cawan air panas. 

○ Kemudian minum seperti biasa. 

○ Mudah-mudahan batuk anda akan berkurang.

KISMIS 


◎ Anda boleh blend 100 biji kismis (pastikan yang tak de biji tau) dengan air. 

◎ Masukkan 50gram gula dan panaskan seperti penyediaan sos meatball Ikea tu. 

◎ Pastikan anda makan 2 sudu sos kismis ini sebelum tidur.


SUSU PANAS


● Sebelum masuk tidur, sila amalkan pengambilan susu panas yang dicampurkan dengan madu. 

● Ia akan melegakan batuk dan membuatkan tekak kita berehat dengan nyaman.
 
● Bagi anda yang ingin menjadikan susu sebagai detox, campurkan susu dengan hirisan halia dan minum sebelum tidur.

TEH HALIA


● Teh halia juga baik untuk melegakan batuk anda.

● Hiriskan beberapa kepingan halia dan masukkan dalam air yang mendidih. 

● Masukkan uncang teh hijau dan beberapa helai daun selasih. 

● Seeloknya diminum sewaktu panas bagi melegakan tekak yang perit.


Hey there, check this out: *BEAUTESSENCE* *MYR : 125.00* BUY NOW:


https://rippleavana.page.link/7koq

ANGGUR MERAH


○ Anggur mempunyai kebaikan dan reputasi yang tinggi untuk menguatkan paru-paru.
 
○ Anda boleh menyediakan jus anggur yang segar

○ Sebelum meminum jus anggur ini, seeloknya dicampurkan dengan sesudu madu setiap hari.

Inilah antara petua dan tips nak hilangkan batuk, gatal tekak dan kahak. Semuanya menggunakan petua tradisional sebagai satu alternatif untuk ubat-ubatan moden yang lain. Tengok mana yang serasi.

Sumber : Facebook

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close