Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sarapan Pulut Kuning Dengan Rendang Ayam

Sarapan Pulut Kuning Dengan Rendang Ayam. Sarapan apa hari ini? Jemput-jemput sayur ke? Atau karipap kentang? Yang penting kena ambil sarapan tau, jangan biar perut kosong. Sebab kita nak guna tenaga untuk sepanjang hari nanti. Sarapan apa yang sesuai untuk kita? Saya ada terbaca dari seorang coach kesihatan ni, dia kata kalau kita setakat kerja dalam pejabat dan tak kena panas, lebih baik ambil sarapan yang ringkas seperti oat dengan kopi 'O' atau 2 keping biskut. Kalau makan kuih pun cukup makan sekeping dua saja. Tetapi sebaliknya jika anda bekerja di kebun, tapak pembinaan atau nelayan di laut, memang anda kena ambil sarapan yang berat. Itu baru sesuai dengan keperluan tubuh dan tenaga yang digunakan. 

Sarapan Pulut Kuning Dengan Rendang Ayam


Saya dan family sarapan pulut kuning dengan rendang ayam je. Hari ni cheat day sikit, ambil pulut dan rendang ayam yang dah tentu makanan berlemak dan berminyak. Hehe..

Sarapan Pulut Kuning Dengan Rendang Ayam

Hmm.. sedap sangat sarapan saya hari ni, buat sendiri ke? Tak lah.. saya beli di satu restoran yang menjual variasi sarapan yang memenuhi citarasa sèmua orang. Lepas makan pulut dan rendang ayam, marilah kita mop lantai rumah dari luar sampai belakang ya..

Sarapan Pulut Kuning Dengan Rendang Ayam

Pulut kuningnya lemak, lembut dan rasa masinnya secukup rasa. Makan pulak dengan rendang ayam yang lembut dan pekat kuahnya. Kemudian, ada hirisan daun kunyit pula. Kunyah bersama pulut dan ayam yang lembut tu.. memang habis satu pinggan pulut tu saya makan.

Tapi sarapan pulut kuning dengan rendang ayam tak boleh diamalkan selalu. Bukannya apa, selain tinggi lemak dan kolesterol, ia mudah buat kita lemah dan malas nak bekerja. Rasa mengantuk pulak.. hehe, so makan biarlah berpada-pada.

Semoga dapat manfaat dari posting di atas. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close