Tanda-Tanda Hati Dah Mati Menurut Imam al Ghazali. Bila hati dah mati.. tak ada apa yang tinggal lagi dalam tubuh kita. Kerana bila hati dah mati seumpama matilah semua anggota tubuh kita. Bila hati kotor, semua yang dibuat penuh hasad dan dengki. Tak nampak dah kebaikan pada makhluk Allah yang lain. Hati kotor ada banyak sebab, antaranya tak suka nasihat dan kata-kata yang baik dari orang lain. Dia lebih suka kekasaran, cakap buruk, besar diri dan sangka dia saja yang betul. Macam mana nak bawak orang yang hatinya kotor kembali ke pangkal jalan. Kita hanya mampu doakan agar diri beliau dilimpahkan taufik dan hidayah dari Allah. Selain itu, boleh mintak tolong pada orang yang dia takut contoh ibu bapa atau anak-anak bagi menasihati orang yang hatinya dah mati. Akhir sekali, belas ehsan Allah lah yang berhak dan berkehendak akan rahmat dan kasih sayangnya terhadap hambaNya.
Tanda-Tanda Hati Dah Mati Menurut Imam al Ghazali
1. Berani meninggalkan solat fardhu
2. Tenang tanpa rasa berdosa padahal melakukan dosa besar
3. Tidak mahu membaca bahkan menjauh dari al Quran
4. Cinta dan terus menerus melakukan maksiat
5. Banyak bertengkar merasa hanya dirinya yang benar
6. Sangat benci dengan ulamak dan nasihat baik mereka
7. Keras hati, tidak ada rasa takut akan peringatan kematian dan akhirat
8. Mementingkan perut kuat makan dan perkara keduniaan
9. Merasakan dirinya lah segala-galanya, tidak peduli dengan orang lain
10. Suka berdendam
11. Bersifat kedekut
12. Cepat marah atau baran
Bila hati dah mati, apa lagi nak kita harapkan dalam hidup ini? Walau segala kegembiraan dan kekayaan kau pamerkan.. mampukah membeli sekeping hati yang tenang? Fikirkanlah!
Hidup di dunia hanya sementara. Apa yang kita ada cumalah pinjaman dari Allah. Bila segalanya hanya pinjaman, bukankah kita harus memulangkan semula kepada yang pemiliknya. Kita milik siapa? Kita milik Allah SWT saudaraku.. pulangkan kembali dalam keadaan asal kejadian kita yang suci murni tanpa secalit dosa dan noda.
Kalau rasa dah ada tanda-tanda sikit dari ciri di atas iaitu hati yang dah mati, segeralah kita kembali ke pangkal jalan. Kepada asal kejadian kita dari Luh Mahfuz lagi iaitu nak beribadat kepada Allah semata-mata. Beribadat dalam kokteks yang luas asalkan benda tu semua baik dan bawa manfaat, itu semua dipanggil ibadah kita kepada Allah.
Takutnya jika hati dah mati. Takut jika Allah tak pandang kita lagi. Segala apa kita lakukan menjauhkan kita dariNya. Walau apa kita jalani dan perbuat, jauh dari rahmat dan keberkatan dariNya.
Oleh itu, berusahalah dan cari peluang untuk perbaiki diri setiap masa. Bukan kerana kita dah cukup ilmu kita rasa sombong tetapi sebaliknya dengan ilmu yang diilhamkan itulah kita lebih mendekatkan diri dengan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.
Dengan ilmu sepatutnya kita menjadi hamba yang malu dan takut berbangga-bangga. Kerana pemberian itu sekadar sekelumit debu dari Maha Besarnya kekuasaan Allah, yang kita tak terjangkau pun..
Rawatlah hati yang dah mati dengan istighfar. Lembutkan dan rendahkan diri mohon ampunan dari Allah. Semoga Dia masih menerima segala taubat kita sebelum ia tertutup rapat.
Na'auzubillah..
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.