Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

11 Nasihat Meniti Perjalanan Usia

11 Nasihat Menemani Perjalanan Usia. Usia kita semakin hari semakin meningkat dan tempoh hidup atas dunia ini juga semakin pendek. Hiasilah usia kita dengan perkara yang bermakna dan tinggalkan perbuatan yang sia-sia. Jaga-jaga tika muda, jangan terjebak dengan dosa nista, jangan abaikan dengan solat yang wajib semua. Jika ada kelapangan tambahkan pula dengan solat-solat sunat agar ia dapat menampung kekurangan solat fardhu kita. Ingat LIMA perkara sebelum datang LIMA perkara. Apakah dia? Iaitu muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sempit, kaya sebelum miskin dan hidup sebelum mati..

Sewaktu meniti perjalanan merentasi usia dan zaman.. ada perkara yang mungkin kita terlepas pandang, yang kita abaikan kerana khilaf. Tetapi jangan ketepikan segala nasihat dan teguran orang sekeliling, sahabat, ibubapa dan musuh sekalipun. Itulah sebenarnya bekalan dan panduan yang mungkin berguna di saat kita dalam kegelapan.
 
11 Nasihat Meniti Usia


11 Nasihat Meniti Perjalanan Usia 


Renungkan 11 nasihat daripada Ustaz Ahmad Dusuki bagi yang sudah mencapai umur 30-an, 40-an, 50-an, 60-an 70-an..

Nasihat pertama

Cubalah berurut urat saraf 3 ke 7 kali setahun supaya lancar perjalanan darah. walaupun ketika itu kita tidak mengalami kesakitan saraf.

Nasihat kedua

Banyakkan minum air kosong kerana kebanyakan penyakit berpunca dari kurang air di dalam badan.
 
Nasihat ketiga

Cuba bersenam walaupun hanya berjalan kaki menaiki tangga.

Nasihat keempat

Kurangkan kuantiti makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.

Nasihat kelima

Jauhi kemarahan atau kegusaran, belajarlah melupakan perkara yang remeh-temeh.

Nasihat keenam

Biarkan harta pula berbakti kepada kesenangan kita, sudah lama kita cari harta kini tiba masanya harta bersusah untuk kita.

Nasihat ketujuh

Jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira.

Nasihat kelapan

Banyakkan gurau-senda dengan keluarga dan kenalan, kurangkan tekanan dan nikmatilah hidup dengan pergaulan.

Nasihat kesembilan

Banyakkan masa untuk duduk dengan Allah kerana kita mula menuju kepada-Nya.

Nasihat kesepuluh

Bersedekah, berzakat dan berinfaqlah sebahagian harta kita ke fisabillilah. Semoga saham2 ini membantu kita di akhirat kelak. ا

Nasihat kesebelas

Makanlah makanan kesukaan Nabi. Makan sewaktu lapar, berhenti sebelum kenyang. 

Dengan usia dalam lingkungan ini macam-macam penyakit mengejut boleh datang. Ingatlah orang yang tersayang.. Duit boleh dicari tapi tanpa kesihatan yang baik duit yang banyak tiada makna jua.. *Wasiat untuk kita semua.

Saling nasihat menasihati dalam kebaikan, biar pun sedikit tetapi yang penting sentiasa ada. Jangan berputus asa dalam memberikan nasihat dan ucapan yang baik. Kita tidak tahu mana satukah nasihat tersebut yang sesuai dengan sahabat kita dan membawa keinsafan kepadanya.

Semoga kita terus berada di dalam pelukan kasih sayang Allah.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close