Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

6 Karbo Cepatkan Proses Kurus

6 Karbo Cepatkan Proses Kurus. Apa itu karbo? Karbo adalah singkatan perkataan karbohidrat. Bila sebut karbohidrat, kita akan ingatkan nasi iaitu antara penyumbang karbohidrat paling banyak. Bila banyak ambil nasi, kemungkinan berat badan naik itu memang ada. Karbohodrat atau karbo terdapat dalam 2 jenis iaitu gula ringkas dan gula kompleks (ataupun kanji). Gula ringkas terdiri daripada glukosa, fruktosa dan galaktosa. Masing-masing mengandungi 1 unit gula tunggal. Apabila digabungkan, ia masih membentuk gula ringkas yang mudah diserap ke dalam darah dan menyebabkan kenaikan kandungan gula yang mendadak dalam darah. Oleh itu gula ringkas ini dikatakan mempunyai nilai glysemik tinggi. Untuk info lanjut boleh cari pada laman kesihatan di internet.

Karbo kompleks atau kanji pula adalah rantaian panjang glukosa. Apabila mereka dicerna, ia dihuraikan menjadi gula ringkas (glukosa). Karbo kompleks biasanya didapati dalam roti, pasta, bijirin, nasi dan kentang. Sayur-sayuran berdaun dan sayur-sayuran lain pula mengandungi jumlah yang kecil bagi kedua-dua karbo ringkas dan karbo kompleks. Itu yang disebut sebagai sayur-sayuran tidak berkanji. Itulah sebabnya bila dalam proses nak kurus, kita digalakkan lebihkan sayur dalam makanan kita.

6 Karbo Cepatkan Proses Kurus


Ada makanan atau sayuran yang berkarbohidrat tetapi boleh diambil dalam menu diet kerana dikatakan ia mampu mempercepatkan proses kurus.
6 karbo cepatkan kurus

6 karbo yang disebutkan adalah seperti berikut:

1. Quinoa
2. Keledek
3. Beras perang
4. Pasta
5. Jagung
6. Gandum

Jika antara karbo di atas diambil dalam sukatan yang betul dan sesuai, ia boleh cepatkan kurus. Nak masak cara apa terpulang, tetapi rebus, kukus atau panggang adalah cara masakan terbaik yang sesuai dalam misi anda.

Keledek oren atau ungu, direbus dan dijadikam snek harian memang berbaloi. Anda boleh juga pelbagaikan cara memasaknya, seperti buat jejari keledek, buat sup atau bakar sahaja. Sedapnya.. dah biasa dah makan keledek bakar dari kecil dulu. Kalau sekarang nak buat, lagilah mudah. Semua alat memasak dah moden. Betul tak?

Beras perang boleh juga diambil bagi menggantikan beras biasa berkanji yang kita makan setiap hari. Kalau ikut menu diet sesetengah coach, dia orang galakkan makan beras perang seminggu sekali je.. 

So, kalau anda ada perancangan nak kurus menjelang tahun baru nanti, bolehlah amalkan pengambilan karbo yang rendah kandungan kanji seperti jagung, keledek dan beras perang.

Jika anda kurang pasti tentang jumlah yang perlu diambil, dapatkan nasihat dari mereka yang pakar dalam mengatur diet pemakanan. Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close