Ajaibnya Kesan Zikir Pada Otak Manusia. Zikir terapi minda. Pernah dengar benda ni tak? Ya.. dari kecil lagi sejak memasuki sekolah agama, ustaz ustazah dah ajarkan zikir. Sejak dari rumah lagi kami sekeluarga dah biasa dengar arwah ayah berzikir setiap kali lepas solat fardhu. Panjang pulak zikir dia.. banyak dan berulang-ulang. Kalau dengar arwah ayah dah habis doa.. mana yang masih melingkar atas tilam (terutamanya solat subuh), terus kelam kabut pergi tandas ambil wuduk. Hmm.. kalau tak berganjak jugak, habis dikerah kita sampai bangun. Begitulah tegasnya arwah ayah dalam bab solat. Bila dah tua/ matang ni, kita pulak buat kat anak-anak. Dulu lepas solat terus bangun lipat sejadah, sekarang ni dah insaf.. lepas solat duduk sekejap dan berzikir sampai puas. Memang benar ajaibnya kuasa zikir ni ya kekawan.. badan jadi sihat cergas, otak makin bagus dan kuat ingat. Lagi satu, fikiran jadi tenang. Teringat pesan ustaz Don Daniyal, lakukan ibadat secara fokus, apa ibadat yang paling anda suka, lakukan itu dengan sepenuh hati jiwa dan raga. Contohnya anda memang suka berzikir. Zikirlah bila-bila masa anda ada masa, dimana jua. Berjuta-juta zikir sehari pun tak apa. Sehingga ia jadi kebiasaan dan kecintaan. Sehingga anda rasa sedih, rindu, kesal, bila tak buat ibadat tersebut. Biar akhirnya anda meninggal dunia pun dalam keadaan berzikir iaitu ibadat yang anda paling suka. Insya Allah.. semoga akhiran kita dalam keadaan khusnul khotimah. Aamiin..
Antara amalan zikir yang boleh dilakukan adalah:
1. Subhanallah
2. Alhamdulillah
3. Lailahaillallah
4. Allahuakbar
5. Astaghfirullah
6. Dan lain-lain zikir seperti asmaul husna dan banyak lagi.
KESAN ZIKIR PADA OTAK
1) Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipetanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.
Ajaibnya Kesan Zikir Pada Otak Manusia
Otak manusia ada banyak cabang dan fungsi. Ada tugasnya berfikir, jaga pendengaran, kawal perasaan, dan banyak lagi. Jom baca perkongsian di bawah ini tentang kesan zikir pada otak manusia, keajaibannya yang kita mungkin tak sangka!
2) Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang ita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita perolehi adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
3) Oleh itu, apabila seseorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah seperti subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.
4) Apabila zikir itu berulang-ulang kali, aktiviti saraf menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.
5) Dengan itu otak menjadi aktif secara kesluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir ianya tidak jadi begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
6) Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember, 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington di mana ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
7) Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai benda. Mereka dikehendaki membaca perkataan tersebut satu-persatu dan mengaitkan perkataan dengan katakerja yang berkaitan.
8) Apabila sukarelawan melakukan tugasan mereka, beberapa bahagian berbeza otak menunjukkan peningkatan akitiviti saraf termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
9) Menariknya, apabila sukarelawan mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak kepada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.
10) Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekaligus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan zikir terbukti meningkatkan kecerdasan otak dan menambah kemampuannya.
11) Oleh itu, saudara-saudara seIslam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita umat Islam iaitu umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya.
Malang bagi mereka yang masih memandang remeh tentang kepentingan berzikir dan secara nyata mengabaikannya.
Wallahu'aklam.
Sumber: penawar. com
1 Comments
Nice..thanks for sharing
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.