Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Berdoa Dengan Asmaul Husna Ar Ra'uf

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa ar 'Ra'uf| Ar-Ra'uf :  Maha Pengasih / Maha Mengasihi / Maha Pengasih dan Penyayang – Ianya sungguh pengasih dan penyayang, iaitu Dia memiliki banyak kerahmatan dan kasih sayangNya.

Maka berdoalah dengan asmaul husna ar Ra'uf ini demi mendapatkan apa yang kita harapkan, kemuliaan di dunia dan akhirat. Insyaa Allah. Mintalah kepada yang Maha Kaya, kerana dia pemberi rezeki yang Maha Pemurah.

Lagi satu, Allah Maha Mengabulkan dan memperkenankan doa hamba-hambaNya terutama mereka yang teraniaya dan dizalimi. Samada lambat atau cepat..

Digalakkan berdoa dengan asmaul husnaa dan berdoalah dengan ikhlas serta merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan. Nama-nama Allah yang 99 adalah nama yang mulia dan menunjukkan Allah SWT berkuasa atas sesuatu mengikut nama-namanya yang mulia itu.

Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solat mu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu".(Q.S. Al-Isra:110)

“Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik).” – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)

Apabila kita menyebut atau berdoa dengan asmaul husnaa, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.

Berdoa Dengan Asmaul Husna Ar Ra'uf


Cara-Cara berdoa dengan asmaul husna | Ar Ra'uf


1) Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa Al Baa'itsu

2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:


Ya ra'uuf = 10 kali


Ertinya : 

Maha Pemaaf / Yang Memberi Maaf / Yang Maha Pengampun – Ia sangat pengampun kepada mereka yang taubat, seolah-olah mereka tidak berdosa, iaitu menghapuskan kesalahan orang yang suka kembali untuk meminta maaf padaNya.

Fadhilat asmaul husna ar Ra'uuf


a) Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ‘Ya Rauuf’ ini seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun malam.

b) Sesiapa menyebut ‘Ya Rauuf’ berulang-ulang, InsyaAllah akan dikasihi Allah SWT.

c) Seluruh makhluk Allah SWT akan menyayangi sesiapa yang beristiqamah berulang kali mengucapkan ‘Ya Rauuf’.

d) Bagi meredakan kemarahan, bacalah selawat sebanyak 10 kali dan ‘Ya Rauuf’ 10 kali.

Ingatlah! Berdoa dengan yakin. Jangan main-main. Kerana Allah Maha Mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi.

3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa Al Baa'itsu


4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. Lakukan dengan penuh pengharapan dan keyakinan.

Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...

Semoga bermanfaat.


Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli

2. Shafiqolbu.wordpress.com

3. Blog Ibnu Hasan Site

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close