Chicken Chop Simple Menu Dinner Kami. Dalam keadaan sekarang yang dibawah PKPB, bersyarat.. menyebabkan banyak langkah terhad, nak makan kat luar pun kena pastikan kedai tu tak ramai orang dan amalkan SOP yang ketat. Kalau tidak, semua kena RM1,000. Baru nak mengeluh bila macam-macam SOP kena patuhi. Apa nak buat, kita kan nak mengekang wabak Covid-19. Bersamalah saling bantu membantu mencegah pandemik ini yang tak tahu bila akan berakhir. Berusaha selagi daya.. selebihnya kita serah pada Allah SWT yang Maha Berkuasa. Berbalik cakap pasal makan, malan ni kami tapau makanan je dari warung yang buat delivery. Oleh kerana nak makan western, order la chicken chop simple.
Dalam keadaan ekonomi yang agak merosost ni, ramai yang ditimpa musibah. Maka sokonglah produk local terutamanya kepada peniaga-peniaga kecil. Kalau ada terlebih atau terkurang.. itu adatlah. Support mereka seikhlasnya.
Chicken chop simple, ada fries dengan sos keju, 2 keping isi ayam digoreng rangup, sayur dan sos lada hitam. Alhamdulillah.. kenyang walau dinner simple je..
Chicken Chop Simple Menu Dinner Kami
Chicken chop yang simple jadi pilihan. Harga sebungkus RM6.00 je. Tak ada delivery charges sebab tak jauh dari rumah. Lepas order kita balik je, dalam masa 15 minit sampailah ke rumah segala apa yang kita order. So, kalau korang yak ada idea nak makan apa pada malam-malam PKPB ni, bolehlah order chicken chop, burger dan sebagainya.
Selamat malam dan salam santai..
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.