Dinner Yong Taufu Sedap Terbaik. Kebelakangan ni tekak macam terasa perit dan tak boleh nak telan makanan yang agak pedas. Bila nak makan, kena cari yang cair dan rebus-rebus je macam sup, bubur dan sebagainya. Mungkin dah selalu makan masakan bergoreng, berlemak... maka, kita cari pula masakan yang rebus, kukus dan bakar. Barulah sihat. Betul tak?
Ada ke yang tak kenal yong taufu? Atau tak makan makanan celup-celup rebus ni? Kalau saya, yong taufu antara makanan kegemaran. Yong taufu ni menyihatkan, menyegarkan selera bagi yang sedang tak da selera makan nasi dan juga bagus untuk mereka yang sedang berdiet.
Antara set lengkap yong taufu adalah kuah supnya, sos dan bahan-bahan pelengkap menu yong taufu itu sendiri seperti sayur kangkung, fish ball, fish cake, meatball, paru, isi ketam, telur puyuh rebus, tauhu dan banyak lagi. So, pilihlah ikut kesukaan anda. Namun harga seafoodnya agak mahal jugak. Jadi, ambil apa yang anda makan je, kalau tak makan nanti membazir pulak..
Dinner Yong Taufu Sedap Terbaik
Ini kisah throwback. 2 hari lepas kita orang teringin makan yong taufu. Ada 2 tiga tempat yang biasa jual tu, tutup pulak. So, kita orang round kawasan baru tak jauh dari taman perumahan kami. Dalam keadaan Covid-19 yang masih membimbangkan, kita pun takut nak keluar kawasan. Jadi, cari yang dekat-dekat je..
Akhirnya dapat juga apa yang dicari. Jom layan gambar je ya..
Nampak sedap tak? Tengok pun dah terliur.. kan? Kami makan berdua je, sebab anak-anak kan dah jauh duduk di perantauan. Kamilah yang jadi penghuni rumah ni, jika ada si bujang sulung, dia memang penggemar yong taufu.
Memang sedap la yong taufu dia. Oleh kerana warung tu ramai orang, kami tapau je. Makan kat rumah. Kena jaga penjarakan sosial ya bila dalam keadaan yang sesak dan sempit.
Kita jaga diri kita sendiri, okay ✌💕
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.