Doa Mohon Didekatkan Dengan Kebaikan. Semua orang nak benda-benda baik berlaku dalam kehidupan mereka. Semua nak the best dapat kat diri sendiri dan tak lupa juga nak bagi yng terbaik kepada orang lain pula. Bak kata pepatah, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Kalau boleh pun, kita tak nak benda tak baik berlaku pada semua. Minta dan doa yang baik-baik je. Kalau ada yang berdoa minta kecelakaan.. Itu tandanya ada masalah mental. Minta dijauhkan dari orang sebegini.
Tak salah kita meminta-minta dengan Allah. Kerana, hanya DIA yang Maha Kaya. Tak ada yang lain dah. Bumi ini pun milik DIA. Apa lagi yang kita nak cakap? Kita ni hanya menumpang, meminjam.. bila tiba masanya kita kena kembali dan mengembalikan kepada yang Hak.
Doa Mohon Didekatkan Dengan Kebaikan
Saya kongsikan doa yang disaran oleh PU Amin untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Doa yang baik bagi kita semua menyerahkan segala urusan kepada Allah.
"Ya Allah, jika ia baik untuk ku maka dekatkanlah. Jika ia tidak baik untuk ku maka jauhkanlah. Engkau lebih mengetahui segala sesuatu ya Allah."
Moga setiap apa yang kita pilih itu datang dari petunjuk Allah. Biar Allah susun semua. InsyaAllah..
Amalkanlah doa ini setiap hari. Masukkan dalam senarai doa anda. Semoga kita semua beroleh petunjuk dan jalan yang benar.
Serahkan urusan harianmu kepada Allah, Yang Maha Mengurus setiap inci pergerakan hambanya. Tiada yang lain melainkan Allah SWT semata-mata. Usah berpaling pada yang lain, kuatkan iman dan berdoalah. DIA akan memakbulkannya. Itu pasti!
1 Comments
Terima kasih atas perkongsian :)
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.