Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Makan Tengahari Sayur Lemak Bayam Dan Ikan Kerisi Goreng

Makan Tengahari Sayur Lemak Bayam Dan Ikan Kerisi Goreng. Ikan kerisi goreng memang lifetime faveret ikan dalam hidup saya. Dari zaman susah dan sekarang ni dah senang sikit, ikan kerisi tetap ikan kegemaran saya. Samada masak asam pedas, goreng kunyit garing-garing, atau masak taucu.. Semua saya suka. Sedapnya alahai ikan kerisi goreng. Kalau ikan kerisi goreng, lawan menu dia tentulah sayur lemak putih atau kuning, tak kisahlah.. yang penting masak lemak. Berlemak-lemak la kita jawabnya.

Oh ya, sekadar info. Bayam banyak khasiatnya. Antaranya menjaga kesihatan mata, menguatkan tulang, otot, dan sendi. Selain itu bayam juga dikatakan dapat menurunkan berat badan, meningkatkan immune tubuh, mengatasi sembelit, melancarkan sistem pencernaan, mencegah diabetes, menurunkan tekanan darah tinggi dan mencegah tekanan darah rendah. Wow!! Banyak juga khasiat daun bayam ni. Untuk khasiat yang lebih baik itu, dicadangkan bayam dijadikan jus atau direbus sahaja. Cubalah ya.. 😍👌


Makan Tengahari Sayur Lemak Bayam Dan Ikan Kerisi Goreng


Oleh kerana hari ni saya bercuti kerja, maka saya pun bercuti masak. Sebab, tengahari pun nak keluar sekejap ada urusan, maka singgah makan dulu sebelum balik. Dapat pulak rezeki langkah kanan, ada menu yang saya nak makan. Lunch hari ni adalah kerisi goreng garing, sotong tumis kacang panjang dan sayur lemak kuning bayam. Alhamdulillah.. 

Makan Tengahari Sayur Lemak Bayam Dan Ikan Kerisi Goreng

Sedap sangat lauk ni walau simple je sebenarnya. Oleh kerana saya tak berapa suka sambal belacan, so tiada sambal belacan di situ. Hehe.. orang kata kalau ada sambal belacan lagi sedap. Iya ke?

Makan Tengahari Sayur Lemak Bayam Dan Ikan Kerisi Goreng

Kalau anda lihat masak lemak kuning dia, sebenarnya tukang masak ada campurkan dengan hirisan daun kunyit. Selain rasa lemak, ada naik rasa daun kunyit bila anda mengunyah bayam tersebut. Agak rare jugak la.. 

Walau apa pun, setiap orang ada kesukaan lauk pauk masing-masing. Sesekali makan kat luar tak mengapa, yang penting kita enjoy, syukur dengan nikmat yang Allah beri. 

Salam santai di hujung minggu kepada pengunjung blog ini.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close