Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Nasi Goreng Cili Kering Sedap Tak Pedas Sangat

Resepi Nasi Goreng Cili Kering Sedap Tak Pedas Sangat. Nasi goreng cili kering ni paling disukai oleh anak bujang saya yang kedua. Selain warnanya merah (kata dia lah), rasanya pun tak pedas sangat. Kalau buat nasi goreng, dia suruh buat nasi goreng merah.. haha, layankan je lah. Yang penting dia makan sampai habis. Ada banyak versi nasi goreng cili kering ni, ada yang blender terus cili, ada yang sekadar hiris halus-halus dan ada yang combine kedua-dua. Tumis cili kering yang dikisar dan kemudian masukkan cili kering yang dipotong kasar sebagai hiasan. Tapi kena goreng jugak la cili yang kasar ni. Baru sedap rasa dia. 

Resepi Nasi Goreng Cili Kering Sedap Tak Pedas Sangat

Resepi Nasi Goreng Cili Kering Sedap Tak Pedas Sangat

Inilah nasi goreng merah yang anak saya suka tu, si bujang kecik kata warna merah tapi tak pedas. Tu yang buat dia makan berpinggan-pinggan.. 

Dalam tu saya bubuh ayam goreng semalam yang tak habis. Saya cincang kecil supaya mudah dimakan.

Resepi Nasi Goreng Cili Kering Sedap Tak Pedas Sangat


Resepi nasi goreng cili kering yang wow! Dah rasa sikit terus nak makan lagi. Sebab tak pedas pun rasanya, dengan syarat guna cili kering yang memang jenis kurang pedas la..

Bahan-bahan:

1 mangkuk nasi sejuk
2 sudu makan cili kering kisar
5 tangkai cili kering - potong kasar dan goreng
1 biji bawang besar - hiris halus
2 ulas bawang putih - hiris halus
Sedikit gula dan garam
2 ketul ayam goreng - cincang kecil
Sedikit sayur sawi @ kobis - potong kecil
Minyak untuk menggoreng

Cara menyediakan nasi goreng cili kering kurang pedas


1. Tumis semua bahan hiris dengan cili kering kisar hingga naik bau atau garing.

2. Masukkan garam dan gula secukupnya

3. Masukkan nasi yang telah disejukkan, gaul rata dengan bahan tumis

4. Masukkan ayam goreng dan gaulkan dengan nasi

5. Akhir sekali masukkan sayur dan cili kering yang telah digoreng tadi sebagai hiasan.

Resepi Nasi Goreng Cili Kering Sedap Tak Pedas Sangat

Selamat dan siap untuk dihidangkan. Jika anda nak tambah ikan bilis goreng pun boleh. Ikut citarasa masing-masing.

Kalau dah letak ayam goreng atau sotong, saya tak akan bubuh telur dalam nasi goreng tersebut.

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Anak-anak suka warna merah. Comel betul sibujang kecik suka makan nasi goreng cili kering.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close