Rindu Nak Makan Apam Kampung. Siapa tak rindu, ya tak? Apam kampung atau apam "bodo" kita orang panggil, adalah apam yang guna yis, tepung gandum, gula putih + gula merah sikit. Kemudian kukus dan makan dengan kelapa parut yang digaul dengan garam. Itu je.. tapi kalau bonda saya buat berloyang-loyang.. tetap habis sekelip mata. Acaner tu?? Bukan main kita orang gila makan apam kampung hinggakan boleh bergaduh kalau apam habis. Hmm.. memang memori sangat. Sekarang ni boleh sekadar merindu je la saat-saat seperti itu. Yang penting ia memori indah yang boleh diceritakan pada anak-anak kita. Betul tak? Tapi.. bila sekarang ni beli apam kampung gitu, hanya saya dan En suami yang beriya makan, budak-budak bertuah 2 orang tu hanya tolong ikut ketawa je dengar cerita kami. Apa nak buat. Zaman dah berubah. Sekarang ni banyak betul apam yang dah dimodenkan. Macam-macam warna dan bentuk. Kalau dulu apam kampung kami gedabak keluar dari loyang, kemudian baru potong empat segi je..
Apam kampung yang saya beli, lembut simple dan ada kelapa parut yang lemak masin. Hmm.. alhamdulillah untuk rezeki yang Allah lorongkan hari ini. Rasa dia sama macam berpuluh tahun dulu saya makan dari air tangan bonda tercinta.
Dalam sibuk beli apam kampung yang ku rindu, tetap kena beli juga donat gebu untuk di bujang kecil kat rumah ni. Walau dah cecah 13 tahun tetap nak makan donat gebu dia. Sama macam si abang..
Dalam sekolah dicutikan ni, banyak stok makanan sarapan kita orang kena beli. Si kecil sorang kat rumah tu mudah lapar selepas tengok TV, main game atau pun main dengan kucing. Kalau tak, dia gasak makan biskut kering dengan teh "O" kegemaran dia. Hehe..
Walau apa pun, apam kampung atau apam moden, sebenarnya asas nak buat apam pun sama. Ada tepung dengan yis. Tak ada dulu, mana ada sekarang. Kan??
Rindu Nak Makan Apam Kampung
Untuk melepas rindu makan apam kampung, saya pergi beli untuk sarapan. Kuih apam kampung di tempat kami ni ada yang jual RM1.00 untuk 3 ketul. Okay la, saiz pun sesedap nak makan dan kelapa parut dia pun ada rasa masin sikit. Barulah ngam!!
Bila nampak banyak makanan atas meja, muka ada senyum. Bila kita bahagiakan anak-anak, itu pun satu sedekah kasih sayang buat kita. Besar pahalanya ya membahagiakan orang lain.
Jangan hidup penuh hasad dan dengki. Nanti susah nak bahagia. Okay👌👌
2 Comments
sedapnya.. lembut aje
ReplyDeleteSedap apam kampung. Dulu waktu kecil puas makan, sebab emak selalu buat untuk sarapan pagi.
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.