Sarapan Kuih Muih Tradisional Untuk Si Bujang. Waktu PKPB dan sekolah dicutikan awal.. memang waktu yang mencabar buat saya kerana kena standby makanan setiap masa. Pastikan sebelum keluar bekerja, saya akan standby stok makanan yang boleh tahan lama. Kalau beli sarapan, kena beli lebih. Walau yang makan nanti si bujang sorang tu. Sebab, bila dia penat main game, dia akan ke dapur cari makanan. Bisut cream cracker pun dia boleh makan macam gitu je bila kebosanan dan kelaparan melanda. So, biasanya saya sediakan stok buah epal dan jambu batu yang siap dihiris untuk keperluan serat dia. Kalau buah epal 20 biji bertahan 1 minggu. Memang stok tak pernah putus la.
Dalam piring tu ada karipap sardin dan kentang, donat lembut, dan yang bestnya murah je harganya. Masih lagi RM1 dapat 3 biji kuih..
Gambar bawah ni kek pisang kukus. Lembut, gebu dan besar juga saiznya. Macam biasa 3 ketul harganya RM1 sahaja.
Kalau air minuman, si bujang nu pandai buat sendiri. Nak teh tarik, kopi 'O' dan lain-lain dia pandai buat, memang kaw la rasa dia. Kita kalau kat rumah order je, pasti bujang 13 tahun ni bersiap sedia.
Sarapan Kuih Muih Tradisional Untuk Si Bujang
Hari sabtu macam ni, memang tak ada prepare apa-apa untuk sarapan dia orang. Since bujang di rumah cuma ada sorang, kita beli kat luar je. Alhamdulillah, kat taman perumahan saya ni ada banyak gerai yang jual aneka sarapan dari seluruh Malaysia. Hehe.. ada gerai jual masakan orang jawa, gerai Kelantan, gerai orang Penang, gerai orang Melaka.. memang semua ada la. Kita je yang rambang mata nak pilih..
Hari ni saya pilih gerai orang Johor je.. hehe
Yang last ni faveret satu rumah, iaitu nasi lemak ayam. Ayamnya digoreng macam ayam KFC, kulitnya rangup dan tidak berminyak. Di bawah nasi lemak di alas daun pisang. Harganya pun murah juga, RM4 sebungkus.
Ada juga saya beli pulut serunding tapi tak sempat snap dah kena ngap dengan Encik suami. Redo je la..
Walau apa pun yang kita makan atau beli, banyak atau sedikit.. bersyukurlah. Sambil membeli niatkan sedekah dan doakan agar rezeki mereka juga melimpah ruah. Yang penting bila dah beli, mesti habiskan. Usah membazir. Okay👌👌
1 Comments
Alhamdulillah. Semuanya sedap-sedap. Rezeki Allah. Syukur.
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.