Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sujudlah Kepada Allah, Kelak Kamu Akan Bahagia

Sujudlah Kepada Allah, Kelak Kamu Akan Bahagia. Seorang hamba selayaknya bersujud kepada Penciptanya. Siapakah hamba dalam dunia ini? Kitalah semua hamba, hanya meminjam yang Allah punya. Seorang hamba yang wajib menuruti segala suruhan Tuhannya iaitu ALLAH. Tugas hamba adalah melakukan segala suruhan tuannya, tak pernah terdetik sekalipun mahu menghianati. Hamba yang tak berdaya melainkan jika diberi keizinan oleh Yang Maha Berkuasa untuk melakukan sesuatu. 

Apakah yang kamu dapat bila bersujud menyembah Tuhan yang satu iaitu ALLAH? Adakah kamu rasa bahagia? Sudah tentu ya sahabat, kita akan rasa tenang dan bahagia apabila bersujud kepada Allah. Kita serahkan segalanya kepada DIA yang Maha Mengetahui. Bila kita rukuk, dan kemudian bersujud, umpama satu persatu dosa kita berguguran dari pundaknya. Alangkah bahagia bila kita bersujud dengan ikhlas dan redha, segala masalah yang membelenggu terasa terbang pergi semuanya. 

Kita serahkan segala urusan duniawi kita kepada yang Maha Perancang, urusan hidup dan mati kita serahkan semuanya kepada Allah bila kita bersujud. Pasti takdir yang baik-baik juga yang mendatangi kita. Insya Allah..
Sujudlah kepada Allah


Sujudlah Kepada Allah, Kelak Kamu Akan Bahagia


Dalam sehari, berapa banyak kali kamu bersujud? Berapa lamakah sujud-sujud itu kamu lakukan? Adakah cukup sekadar dibuat syarat agar sah solat? Renungkan..

SUJUDLAH KAMU KEPADA ALLAH, KELAK KAMU AKAN BAHAGIA

Firman Allah SWT :


وَیَخِرُّونَ لِلۡأَذۡقَانِ یَبۡكُونَ وَیَزِیدُهُمۡ خُشُوعࣰا


[Surah Al-Isra' 109]

‎Terjemahan :
"Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk."

Fahami kandungan al Quran. Agar dalam sujudmu, kamu boleh khusyuk. Sesungguhnya amat beruntung orang yang boleh khusyuk dalam ibadahnya dan rugilah bagi mereka yang lalai.

Imam Al-Aajurriy berkata : 

Ahli al-Quran yang sejati adalah mereka yang fokus utamanya ketika membuka lembaran Al-Quran, dia akan berkata :

مَتَى أَتَّعِظُ بِمَا أَتْلُو؟ وَلَمْ يَكُنْ مُرَادُهُ مَتَى أَخْتِمُ السُّورَةَ؟


Maksudnya : 

Bilakah aku dapat mengambil pengajaran berdasarkan apa yang aku baca ? Bukanlah tujuannya (ketika membuka mushaf) : Bilakah aku akan mengkhatamkan bacaan surah ini ?


Rujukan : Akhlāq Ahl-Al-Qurān, Al-Ājurriy (1/36)


Sebahagian salaf lebih mengutamakan faham berbanding khatam terhadap bacaan Al-Quran.😌


Sumber - Ustaz Dr Zahazan Mohamed

Bersujudlah sementara masih ada peluang, kerana ada berjuta manusia di dalam kubur yang ingin kembali dihidupkan ke dunia dan mahu bersujud kepada Allah SWT. 

Renungkanlah!!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close