Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Tips Tart Nenas Masak Sekata Dan Tahan Lama

Tips Tart Nenas Masak Sekata Dan Tahan Lama Cara Cikgu Azlina Ina. Siapa yang tak kenal dengan Cikgu Azlina Ina @ lebih mesra dipanggil Mak Ina dalam halaman FBnya. Juta-juta followers dia.. Sekarang ni tengah viral tart nenas emas @ golden tart dia. Gebu, gemok inti dia dan hilang di mulut. Rata-rata saya baca, semua kata sedap sangaaat!! Satu balang isi 16 ketul harga RM22, kalau tak silap. Tak berapa ingat sebab Cikgu Azlina Ina ada banyak produk. Dengan red velvet cheese leleh dia lagi.. Semua sedap katanya. Saya pun tengah tunggu turn nak merasa tart nenas viral Mak Ina.. Kena order dengan agen je, sebab kita jauh di Selatan...

Dalam dia berniaga kaya raya, Cikgu Azlina Ina tak kedekut. Kalau bagi resepi, dia share sebijik apa dia buat. Bahan dari brand apa, berapa jumlah sukatannya.. Siap izinkan orang yang mencubanya untuk berniaga sendiri. Tak perlu beli dari dia pun tak mengapa.. Baik kan.. Dia redha kongsi rezeki. Itulah pegangan ahli perniagaan muslim yang sebenarnya. Percaya setiap orang dah ditentukan rezekinya.

Tips Tart Nenas Masak Sekata Dan Tahan Lama


Oleh kerana penangan tart nenas gemok dan gebu warna macam emas.. Cikgu Azlina Ina share tips nak buat tart nenas gemok macam dia punya tart.


Semua gambar credit kepada Cikgu Azlina Ina FB

Tips tart nenas masak sekata


1. Gunakan api yang sederhana, pembakaran lama tak apa asal kan doh masak dengan baik...
2. Cara tengok masak ke tidak tart itu, tengok tapak tart. Kalau keperangan maksud nya dah masak sempurna

3. Tips tart tak mudah bekulat. Gentel inti pakai glove (sarung tangan). Jangan masak dengan suhu yang tinggi sebab doh dalamnya masih basah dan biasa nya lebih mudah jem dan doh bekulat..

4. Jika guna premium butter tahan sampai 1 tahun tak rosak dan bekulat.



5. Tips tart tak melebar atau mengembang. Doh kena sederhana lembut, tak boleh terlalu lembik
6. Gulungan kena kemas dan kejap (rapat). Masa menggulung, tekan sikit jem baru mulakan gulungan.

tips tart nenas laku keras
tiru resepi mak Ina @ Cikgu Azlina Ina😜😜😜😜😜😜

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close