Asam Pedas Asli Di Anisofea. Makan tengahari di Asam Pedas Anisofea. Asam pedas ikan merah. En suami makan bahagian kepala, saya dan bujang kecil ni makan bahagian isi. Kalau makan bahagian kepala, saya kurang sabar sikit.
Restoran Asam Pedas Anisofea selalu penuh terutama waktu makan tengahari. Walau hari bekerja atau sebaliknya.. restoran tetap ramai pelanggan walau harga menu kat sini agak mahal keseluruhannya. So, kalau korang nak ajak family makan-makan kat sini, baik tanya dulu harga makanan dan set asam pedasnya. Contohnya hari ini En suami punya set kepala ikan merah (sebelah) berharga RM52. Besar jugak saiz dia. En suami makan sorang. Dia memang hantu asam pedas. Hehe..
Asam Pedas Johor Asli Di Anisofea
Tadi pagi pergi MRSM Mersing ambil barang-barang anak yang ditinggalkan bulan November lepas masa pengumuman cuti sekolah diteruskan sampai tahun depan. So, lepas ambil semua barang dia, on the way balik rumah perut dah menjerit minta di isi. Banyak juga idea nak makan menu apa, ternampak kedai makan nasi ayam Bashir di Tmn Saujana tapi tak jadi singgah. Lepas tu En suami decide nak cuba pergi restoran asam pedas di Mount Austin. Alhamdulillah.. bukak dan ramai orang. Teruskan makan di sini walau terpaksa duduk di luar.
Untuk menu yang kami order;
1 mangkuk kepala ikan merah, sebelah
2 isi ikan merah
Bendi goreng telur
Tauhu rojak petis
1 biji telur masin
1 teh ais
1 nescafe ais
1 limau ais laici
4 nasi putih
Jumlah harga semua sekali RM137.50. Alhamdulillah dah kenyang. En suami kata sedap dan kena tekak dia. Tapi kalau korang nak makan sini, kena standby duit lebih sikit. Harganya agak mahal tetapi boleh tahan sedap. Tarikan utama restoran ini adalah asam pedasnya yang rasa Johor asli.
Satu set bendi goreng telur berharga RM11.00. Kalau nak makan lebih beli sendiri bendi masak kat rumah. Tapi kalau dah tahu kita tak berapa rajin nak masak, maka terima je lah harga yabg perlu di bayar.
Makan kat luar atau di rumah.. terpulang pada diri masing-masing. Bila dah kenyang, ucapkanlah alhamdulillah.😊👌
1 Comments
Terliur la pulak. Ya Allah.
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.