Birthday Lunch Di SDS Bakery & Cafe Dengan Set Western. Throwback semalam makan tengahari dengan family di SDS Cafe. Lama dah tak bawak anak makan kat luar, terutama time PKPB yang bersambung silih berganti. Bila ada peluang, bawa sekejap keluar bagi dia refresh minda dan fizikal. Kesian kat rumah je, main game, kelas online dan exam online. Bertabahlah ya anak-anak. Yang penting Covid-19 cepat berlalu. Moga Allah lindungi kita semua dari sebarang musibah. Aamiin YRA.
Tetapi sebab tekak dah biasa dengan masakan kampung dan nasi, maka anak bujang kecil saya tu mengadu lapar walau dah makan chicken chopped. Biasa lah budak lelaki nak naik, memang kuat makan kut..
Birthday Lunch Di SDS Bakery & Cafe Dengan Set Western
Semalam punya cerita. Lunch western set di SDS Bakery & Cafe. Bila lihat balik menu dan hidangan yang datang.. hmm, makanan semua dah semakin mahal. Harga agak tinggi tapi portion nya kecik je. Bertabahlah!! 😅😅😅
Anak order Grilled chicken chopped, seketul je ayamnya. Dia kata okaylah sedap jugak.. dengan Fries dan Onion.
Untuk saya dan En suami, kami order Baked Rice with Chicken Chopped. Nampak pinggan macam besar tetapi sebenarnya portion nya pun sikit je. Tetapi berbeza pengalaman kami makan di sesetengah western cafe yang lain. Mungkin kos operasi sekarang dah semakin besar. Ada banyak expenses yang kena tanggung.
Air yang kami order, not bad dan antara yang boleh dipuji. Gelas pun saiz besar dan puas hati dengan rasanya. Tak kedekut lah. Bujang kecil tu order chocolate blended dan saya serta suami order Mocha Blended.
Sesekali makan di luar waktu tengahari, makanan menu western pulak tu. Memang cepat kenyang dan bila sampai rumah, si kecil cakap dah lapar balik. Nak kena nasi jugak dia ni, maka malamnya saya masak lagi. Hehe..
Selamat bersantai bersama family tersayang. Jaga diri, jaga iman.. insya Allah DIA akan jaga kita selamanya.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.