Cara Mengamalkan Fatihah Untuk Diri Sendiri. Surah al Fatihah, dikenali sebagai permulaan. Surah yang awal dalam al Quran. Surah al Fatihah adalah surah yang wajib di baca di dalam solat. Al Fatihah di baca dalam apa jua keadaan samada dalam kenduri, dalam acara santai atau apa saja majlis yang mulia dan majlis kesyukuran.
Jangan dilupa untuk sedekahkan atau hadiahkan al Fatihah kepada Rasulullah, pasangan kita, ibu bapa kita yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia, kepada anak-anak kita dan juga umat islam di seluruh dunia. Sedekahkannya setiap pagi. Ini satu kemestian dalam checklist harian kita.
Di bawah ini saya kongsikan pula cara-cara nak sedekahkan al Fatihah untuk diri sendiri. Okay ✌✌
Cara Mengamalkan al-Fatihah Untuk Diri Sendiri
Selalu orang kata sedekahkan al Fatihah untuk si polan dan si polan yang telah meninggal dunia. Tetapi tahukah anda bahawa selain sedekah dan hadiahkan al Fatihah kepada orang yang telah meninggal dunia, kita juga diajarkan untuk hadiahkan al Fatihah kepada diri sendiri dan juga orang yang masih hidup.
Cara mengamalkan al Fatihah untuk diri sendiri:
1. Sebaik bangun dari tidur, beri salam pada diri sendiri
2. Panggil nama penuh kita dengan lembut sebanyak 3 kali
3. Sentuh dada kiri kita (jantung), sambil mengucapkan "Alhamdulillah"
4. Kemudian katakanlah..
" Aku hadiahkan al Fatihah ini untuk diriku sendiri, lahir dan batinku, Ya Allah jagalah hambaMu ini, lindungi hambaMu, jadikanlah hambaMu Penjemput rezeki Allah yang berlimpahan seperti air sungai yang mengalir, tiada hentinya. Aamiin Ya Allah.."
5. Bacalah surah al Fatihah 3 kali
Mudah kan?
Tak pernah buat? Cubalah.. anda akan rasai ketenangan, kekuatan dan kesabaran yang tinggi. Dengan hadiahkan al Fatihah kepada diri sendiri, anda berani menegakkan hak anda.. kerana percaya Allah telah melindungi anda.
Bila sedang kusut dan macam tak ada jalan penyelesaian.. hadiahkan al Fatihah kepada diri sendiri. Insya Allah, anda akan temui jalan penyelesaiannya.
Memang dah lama saya amalkan setiap pagi. Kesannya amatlah menakjubkan.
Semoga bermanfaat.
2 Comments
Assalamualaikum wbt,saya mintak Izin screenshot ye,terima kasih
ReplyDeleteWa'alaikumussalam, baik. Silakan ✌
DeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.