Mudahnya Aktiviti Harian Yang Boleh Membakar 100 Kalori. Makan banyak senang je nak tambahkan kalori dalam badan. Lepas makan tidur pulak, minum manis-manis. Mana la tak tambah kalori dalam badan. Tetapi tahukah anda, nak bakar kalori walau sedikit je pun perlukan aktiviti yang banyak dan konsisten. Gitulah pengorbanan yang kita semua kena lakukan.
Mengapa kita kena berwaspada terhadap kandungan kalori dalam tubuh?? Kenapa agaknya? Tahukah anda bahawa kalori yang berlebihan amat berbahaya kepada nyawa kita. Tanpa sedar kita mungkin dihinggapi penyakit 3 serangkai seperti serangan jantung, darah tinggi dan kencing manis. So, berhati-hati ya kawan-kawan semua...
Mudahnya Aktiviti Harian Yang Boleh Membakar 100 Kalori
Nak tahu aktiviti yang bantu bakar 100 kalori dalam kerja harian kita? Jom lihat di bawah:
1. Berjalan 2000 langkah
2. Kemas rumah 40 minit
3. Window shopping 40 minit
4. Naik turun tangga 30 minit
5. Skipping 15 minit
6. Main bowling 30 minit
7. Senam arobik 23 minit
Itulah 7 aktiviti ringkas yang boleh membakar 100 kalori. Mana satu yang anda suka buat dan mampu lakukan dengan masa dan tenaga yang ada?
Sesuai dengan kerja saya di pejabat, saya akan memilih aktiviti berjalan 2000 langkah. Macam mana tu? Saya akan kerap lakukan aktiviti filing dokumen pergi balik ke kabinet dalam tempoh tertentu dan kerap. Jika ada dokumen yang banyak, saya akan pastikan siapkan urusan filing dalam tempoh tertentu. Dengan itu saya tak la duduk saja dalam tempoh yang lama.
Lagi satu, aktiviti window shopping pun amat sesuai untuk saya. Tak kisahlah nak window shopping beli baju kasut dan sebagainya, atau nak window shopping barang dapur. Itu semua pun saya suka.
Jadi, jangan jadikan alasan tak ada masa dan tak tahu aktiviti yang bagus untuk diri sendiri. Mulakan langkah sekarang sekiranya anda menghadapi masalah kalori yang berlebihan dalam badan.
Aktiviti santai bakar kalori ini juga bermanfaat untuk kesihatan anda dalam jangkamasa panjang.
Selamat mencuba! Pastikan usaha kita berterusan.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.