Perempuan Yang Ada Harga Diri. Perempuan adalah golongan yang paling mudah terpengaruh dan juga mempengaruhi. Sekali baca nampak macam perempuan adalah golongan yang rapuh. Itu ada benarnya. Kerana perempuan memiliki hati yang lembut, bersifat penyayang dan mudah terpengaruh terhadap sesuatu. Sebab itu ramai perempuan yang jadi mangsa terhadap keadaan sekeliling. Mereka sukar berkata 'tidak' terhadap sesuatu dek kerana itu perempuan selalu jadi mangsa penipuan dan manipulasi dari orang sekitarnya.
Namun wanita atau perempuan janganlah mengalah kepada keadaan. Sentiasa bersikap tegar dan tegas menangani masalah hidup dan selesaikannya secara berhemah dan berakhlak. Sentiasa jaga harga diri dan sesekali tinggikan ego anda untuk sesuatu yang anda tidak suka.
Perempuan Yang Ada Harga Diri
Bagaimana nak jadi wanita yang ada harga diri? Apa yang perlu dilakukan? Adakah wanita perlu keluar dari kepompong sifat malu untuk menaikkan harga diri? Mari baca perkongsian di bawah.
Ciri-ciri wanita yang ada harga diri;
1. Menjaga ikhtilat, batasan dan syariat - sentiasa jaga hubungan mata dan hati dengan orang sekelilingnya agar tidak melampau batas yang dibenarkan
2. Tidak mudah memberi hati pada lelaki yang bukan halal untuknya - tidak bercouple dan mudah mengucapkan kata cinta dan sayang pada bukan yang halal untuknya. Menjaga rasa malu pada benda yang belum halal
3. Tidak mudah cair dengan mulut manis seorang lelaki - bila orang lelaki meluah rasa, jangan mudah membuka hati sewenang-wenangnya. Bersikap matang dalam kelembutan dan tolak secara berhemah
4. Sangst menjaga maruah dan kehormatannya - selalu ditemani keluarga atau teman perempuan bila melangkah keluar rumah. Tidak merayau tak tentu pasal. Tidak pulang kerumah sehingga lewat malam ditakuti menimbulkan fitnah kecuali untuk menghadiri majlis ilmu
5. Cintanya limited edition hanya untuk kekasih halalnya - perempuan harus menjaga perkataannya, tidak menjual cinta dan menagih belas kasihan daripada lelaki yang halal baginya. Bercakap dengan mereka hanya bila perlu atau dalam keadaan yang dibolehkan
6. Tidak mudah terpedaya dengan budaya semasa - perempuan yang ada harga diri tidak terikut-ikut buat aksi menjolok mata di mana saja samada di media sosial atau dalam keadaan situasi sebenar. Jaga tingkahlaku anda, tebalkan rasa malu dan tingkatkan ilmu menjaga diri dari semasa ke semasa
7. Berakhlak dan berpekerti mulia - wanita yang penuh harga diri sentiasa berakhlak mulia, menghormati orang lain, tidak memaki hamun sesuka hati, menjaga penampilan diri setiap masa
8. Menjadi contoh dan teladan kepada sekelilingnya - sentiasa menyebarkan kebaikan kepada semua orang dan suka jika orang lain saling mengingatkan kepada kebaikan. Tidak menyindir orang lain yang belum berubah melainkan sentiasa dengan lembut membantu mereka memperbaiki diri
9. Menutup aurat dengan sempurna selaras dengan syariat agama - wanita yang ada harga diri sentiasa menjaga auratnya walau di mana dia berada diiringi dengan akhlak yang terpuji.
Jadi, bagi perempuan di luar sana yang dalam perjalanan untuk memperbaiki diri, usah berputus asa. Teruskan perubahan yang baik walau anda menghadapi halangan yang bukan sedikit dari persekitaran anda.
Anda bisa mengubahnya sendiri jika itu yang anda mahu. Tiada jalan singkat untuk menjadi permata kesayangan semua.
Semoga bermanfaat.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.