Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sedapnya Tart Gulung Nenas Gebu Tapi Harga Murah

Sedapnya Tart Gulung Gebu Tapi Harga Murah. Sejak cikgu Azlina Ina tunjuk tart gulung gebu dan gemuk tu, saya terasa nak beli dan nak rasa. Sedap ke, lembut ke? Harganya agak mahal jugak tetapi bila kita dah suka, harga letak tepi. Saya memang gemar makan kuih tart, kalau sesekali teringin beli juga di stesyen minyak petronas berdekatan. Kalau ada rezeki, dapatlah makan kuih tart yang sedap. Kalau tidak, dapatlah tart yang keras. Nak buat macam mana, nak beli tak boleh rasa dulu.. 😊😊

Kuih tart datangnya bermusim, terutama bila tiba hari perayaan je. Namun sejak kebelakangan ni, bila-bila masa kita boleh makan tart gulung nenas terutamanya. Pergi je ke stesyen minyak petronas Kedai Mesra. Macam-macam kuih kerepek semua ada. Memang membantu bagi golongan IKS meluaskan jualan mereka. 

Sedapnya Tart Gulung Gebu Tapi Harga Murah


Alhamdulillah. Dapat rezeki beli dan merasa tart gulung gebu gebas dan harga murah. Kalau ikut apa yang ditulis pada promosi peniaga tersebut, kuih tart gulung tu dia ikut sebijik resepi Cikgu Azlina Ina.

Sedapnya Tart Gulung Gebu Tapi Harga Murah
Cantik kan warna dia? Rasanya.. mestilah sedap lembut gebu tetapi tak terlalu rapuh. Memang ngam samgat kat mulut. Besar-besar tart dia. Harga satu balang? Murah je, RM13 untuk 30 biji tart. Beli dua balang harganya RM26. Memang murah sangat la.. 

Satu balang saya punya, satu lagi si bujang kongsi dengan ayahnya. Haha.. tamak kan saya.. hehe, almaklum dah lama tak dapat rasa tart yang sedap macam ni.

Tart gulung nenas lebih puashati dimakan berbanding tart bulat yang inti jem dia di atasnya. Sebab apa? Sebab rasa inti dan kulit tart tu bergabung dalam mulut dan lebih rasa teksturnya. 

Tart gulung nenas ni kami order online je, nak tunggu tart gulung nenas Cikgu Azlina Ina, asyik kehabisan stok je. Semoga satu hari nanti dapatlah saya merasa tart gulung nenas yang viral tersebut.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close