6 Jenis Kifarah Penghapus Dosa Kita. Setiap makhluk Allah yang berakal pasti tak terlepas dari melakukan dosa. Samada melakukannya secara sedar atau tak sengaja, kita tetap diadili secara saksama oleh Allah SWT. Dosa pun ada macam-macam. Dosa menyakiti orang lain, aniayai anak-anak yatim, membunuh, merompak, itu semua dosa yang nampak secara fizikalnya. Dosa hati, dosa tak mengerjakan suruhan Allah pula? Contohnya.. tak solat, tak puasa, tak bayar zakat, itu semua dosa kita dengan Allah. Orang tak nampak. Hanya kita dengan Allah. Itu pun ada pembalasannya tau..
Kifarah pula membawa maksud balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hamba-Nya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati.
Ada setengah orang tak kisah dan tak takut melakukan dosa. Dosa kecil dah biasa, apatah lagi dosa besar. Mengapa tak takut dengan dosa sendiri ya? Adakah kerana masih jahil atau ego yang besar menyelubungi diri. Maklumlah.. Buat dosa pun Allah bagi kaya. Renungkanlah. Adakah kerana Allah dah tak sayang?
Rasa sakit
Ada banyak rasa sakit yang disebut sebagai kafarah atau pembalasan dosa. Sakit tubuh badan, tak pernah kena sakit tetiba sakit yang tak dijangka. Pernah tak anda kena macam tu? Jika sebelum ni tubuh sihat walafiat, tetiba jadi kurus sebab sakit. Ingatlah.. Itu tanda Allah sedang bagi kita peluang untuk berubah dan memohon ampunan dariNya.
Penat
Penat yang tak boleh nak ditafsirkan. Penat badan, penat hati dan penat dengan keadaan sekeliling. Buat benda yang kita suka tetapi hati rasa penat sangat. Apa maksudnya tu? Mungkin itu kifarah Allah atas perbuatan dan dosa kita yang lalu. Jadi apa seterusnya jika anda dah berehat tetapi masih rasa penat? Itu tandanya Allah nak kita cari terapi penat tersebut iaitu berzikir kepada Allah.
Rasa Bimbang
Bimbang terhadap sesuatu yang kita ada dan kita sayang. Bimbang orang tinggalkan kita. Bimbang dan resah yang datang secara tiba-tiba. Itu kifarah Allah nak kita sedar dan sentap. Kembalilah kepada fitrah kejadian kita. Kalau kita ada buat salah kat orang, cepat-cepat mohon maaf. Kalau ada ambil hak orang, hak anak-anak yatim, hak jawatan orang kat pejabat.. kita tindas orang bawahan kita.. berubahlah! Kebimbangan wujud sebab kita tak bersangka baik pada Allah.
Duka (mengenang)
Duka yang membuatkan kita termenung. Terkenang dosa silam. Rasa hati sayu je bila duduk sorang-sorang. Biasa bila kita dah meningkat usia, melebihi 40 tahun ke atas. Ada saatnya kita ditimpa ingatan lama yang kita tak suka. Maka, itulah salah satu kifarah Allah yang dijatuhkan kepada kita atas dosa-dosa lalu. Itu cara Allah mengingatkan kita. Maka, berubahlah. Mesti berhijrah. Kerana jalan hidup kita mungkin dah nak sampai kembali ke negeri abadi iaitu akhirat.
Penderitaan hati
Hati yang sakit tak nampak di mata. Sakit hati derita di dalam hanya tuan badan yang rasai dan hanya Tuhan yang tahu. Kawan -kawan, suami isteri pun tak tahu apa yang dideritai oleh pasangan masing-masing. Ibu bapa, anak-anak pun tak dapat bantu jika kita bercerita pada mereka. Bila timbul ini semua, ingatlah bahawa Allah sedang menurunkan kifarahnya kepada kita. Jangan bersangka buruk kepada Allah. Sebaliknya, bersyukurlah kerana kita masih disayangi dan diberikan peluang untuk bertaubat.
Kesedihan
Akhir sekali, cara kifarah Allah kepada kita adalah apabila kita mengalami kesedihan yang berpanjangan. Sedih tak tahu apa punca pucuk pangkalnya. Kita asyik termenung, ada kala menangis.. hingga kita sendiri keliru. Di mana nak hilangkan kesedihan itu. Kalau orang yang tak ada agama, mereka akan minum sampai mabuk atau pergi ke kelab untuk hilangkan segala kesedihan mereka. Tapi, sebagai seorang mukmin.. kita kena kembali mencari Allah. Dekatkan diri dengan Allah.
Semoga perkongsian di atas memberikan kita petunjuk untuk kembali ke jalan yang diredhai Allah.

6 Jenis Kifarah Penghapus Dosa Kita
Ada setengah orang tak kisah dan tak takut melakukan dosa. Dosa kecil dah biasa, apatah lagi dosa besar. Mengapa tak takut dengan dosa sendiri ya? Adakah kerana masih jahil atau ego yang besar menyelubungi diri. Maklumlah.. Buat dosa pun Allah bagi kaya. Renungkanlah. Adakah kerana Allah dah tak sayang?
6 Perkara Sebagai Kifarah/Penghapus Dosa Kita :
Rasa sakit
Ada banyak rasa sakit yang disebut sebagai kafarah atau pembalasan dosa. Sakit tubuh badan, tak pernah kena sakit tetiba sakit yang tak dijangka. Pernah tak anda kena macam tu? Jika sebelum ni tubuh sihat walafiat, tetiba jadi kurus sebab sakit. Ingatlah.. Itu tanda Allah sedang bagi kita peluang untuk berubah dan memohon ampunan dariNya.
Penat
Penat yang tak boleh nak ditafsirkan. Penat badan, penat hati dan penat dengan keadaan sekeliling. Buat benda yang kita suka tetapi hati rasa penat sangat. Apa maksudnya tu? Mungkin itu kifarah Allah atas perbuatan dan dosa kita yang lalu. Jadi apa seterusnya jika anda dah berehat tetapi masih rasa penat? Itu tandanya Allah nak kita cari terapi penat tersebut iaitu berzikir kepada Allah.
Rasa Bimbang
Bimbang terhadap sesuatu yang kita ada dan kita sayang. Bimbang orang tinggalkan kita. Bimbang dan resah yang datang secara tiba-tiba. Itu kifarah Allah nak kita sedar dan sentap. Kembalilah kepada fitrah kejadian kita. Kalau kita ada buat salah kat orang, cepat-cepat mohon maaf. Kalau ada ambil hak orang, hak anak-anak yatim, hak jawatan orang kat pejabat.. kita tindas orang bawahan kita.. berubahlah! Kebimbangan wujud sebab kita tak bersangka baik pada Allah.
Duka (mengenang)
Duka yang membuatkan kita termenung. Terkenang dosa silam. Rasa hati sayu je bila duduk sorang-sorang. Biasa bila kita dah meningkat usia, melebihi 40 tahun ke atas. Ada saatnya kita ditimpa ingatan lama yang kita tak suka. Maka, itulah salah satu kifarah Allah yang dijatuhkan kepada kita atas dosa-dosa lalu. Itu cara Allah mengingatkan kita. Maka, berubahlah. Mesti berhijrah. Kerana jalan hidup kita mungkin dah nak sampai kembali ke negeri abadi iaitu akhirat.
Penderitaan hati
Hati yang sakit tak nampak di mata. Sakit hati derita di dalam hanya tuan badan yang rasai dan hanya Tuhan yang tahu. Kawan -kawan, suami isteri pun tak tahu apa yang dideritai oleh pasangan masing-masing. Ibu bapa, anak-anak pun tak dapat bantu jika kita bercerita pada mereka. Bila timbul ini semua, ingatlah bahawa Allah sedang menurunkan kifarahnya kepada kita. Jangan bersangka buruk kepada Allah. Sebaliknya, bersyukurlah kerana kita masih disayangi dan diberikan peluang untuk bertaubat.
Kesedihan
Akhir sekali, cara kifarah Allah kepada kita adalah apabila kita mengalami kesedihan yang berpanjangan. Sedih tak tahu apa punca pucuk pangkalnya. Kita asyik termenung, ada kala menangis.. hingga kita sendiri keliru. Di mana nak hilangkan kesedihan itu. Kalau orang yang tak ada agama, mereka akan minum sampai mabuk atau pergi ke kelab untuk hilangkan segala kesedihan mereka. Tapi, sebagai seorang mukmin.. kita kena kembali mencari Allah. Dekatkan diri dengan Allah.
Semoga perkongsian di atas memberikan kita petunjuk untuk kembali ke jalan yang diredhai Allah.
1 Comments
Minta maaf bertanya, ada tak sebarang rujukan bagi semua point di atas?
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.