Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Buku Resepi Hebat Di Dapur Dari Azie Kitchen Blogger

Buku Resepi Hebat Didapur Hasil Tangan Azie Kitchen. Yeayy!! Buku masakan resepi hebat food blogger dah sampai kat tangan saya. Buku masakan ni saya tempah awal semasa ia di buka dalam bulan November 2020. Pada mulanya dijangka siap hujung disember 2020, tetapi akhirnya sampai kat tangan sudah pada hari ini, 13 Januari 2021, bersamaan hari pertama PKP 2.0. Boleh lah dijadikan panduan buat resepi sedap-sedap nanti.

Apa istimewanya buku masakan Hebat di dapur ni? Pastilah ia mengandungi pelbagai resepi yang menjadikan kita hebat di dapur tetapi dengan syarat rajin la memasak berdasarkan resepi dalam buku tu. Kalau setakat selak buku, layan gambar je.. memang tak hebat la.. huhu

Buku resepi ni memang tebal, ada lebih dari 200 muka surat. Setiap helaian resepi di cetak atas kertas licin yang berkualiti dan memang tahan lasak la buku ini, boleh je nak bawak masuk dapur. Tak risau terkena air semua.. sebab kualitinya sangat tinggi. Kalau kena air, lap je buku tu dengan kain. Settle.. 😊😊😊


Buku Resepi Hebat Di Dapur Dari Azie Kitchen Blogger 


Baiklah.

Saya kongsikan gambar buku dan beberapa isi kandungan buku Hebat Didapur tulisan Azie Kitchen. Bukunya tebal, ada lebih dari 80 resepi menarik, mudah dan insya Allah sedap masakan tu jika ikut langkah demi langkah yang disarankan dalam buku..

Buku Masakan Azie Kitchen Hebat Di Dapur

Kulit buku dengan gambar puan Azie pemilik Azie Kitchen blog. Kulit tebal, memang amat berkualiti dengan harga berbaloi iaitu RM55.

Buku Resepi Hebat Didapur Hasil Tangan Azie Kitchen

Oleh kerana saya tempah awal, dapat siap dengan tandatangan Azie Kitchen lagi.. hehe, macam bersemangat nak masak seperti tuan punya buku tu..

Buku Resepi Hebat Didapur Hasil Tangan Azie Kitchen

Hmm.. ada step buat sup.. dalam dwi bahasa taw.. bagi anda yang duk overseas dan senang nak masak ikut terma bahasa inggeris, inilah buku yang sesuai.

Buku Resepi Hebat Di dapur Hasil Tangan Azie Kitchen

Isi kandungan buku, ringkasan dengan mukasurat resepi yang berkenaan. Senang nak cari..

Buku resepi HEBAT DI DAPUR mengandungi pelbagai resepi dari western, seafood, asian, menu masakan kampung dan banyak lagi. Memang amat berguna dijadikan rujukan dan panduan buat kita yang baru nak rajin memasak ni.. hehe

Buku Resepi Hebat Didapur Hasil Tangan Azie Kitchen

Buku resepi yang berwarna warni. Langkah demi langkah di susun dengan teratur. Memang bestlah buku resepi HEBAT DI DAPUR ni.. kalau nak beli boleh DM Azie Kitchen ya..

Buku Resepi Hebat Didapur Hasil Tangan Azie Kitchen

Rasa Sayang sangat dengan buku ni, amat berkualiti. Semalam masa poslaju datang hantar pun, dah terasa beratnya. Kualiti kertas yang amat bagus, kalau air tertumpah atas buku pun masih boleh lap dengan kain. Insya Allah buku ni masih kekal elok dalam jangka masa yang lama.

So, selamat memasak dan masaklah dengan gembira dan penuh kasih sayang.

Semoga bermanfaat buat semua.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close