Ciri-Ciri Orang Yang Toksik. Orang yang toksik tidak membawa manfaat terhadap kehidupan kita. Banyak benda dia suka komplen tetapi tidak memberikan jalan penyelesaian. Kalau kita berkawan dengan orang yang toksik, dengan kita sekali akan dijauhi oleh orang sekeliling. Mereka tidak mahu mengaku salah, sebaliknya menunding jari kepada orang lain. Orang yang memiliki perangai toksik ni, suka marah-marah tak tentu hala dan berdendam. Semoga kita semua dijauhi dari ciri-ciri orang yang membawa toksik krpada kehidupan orang lain.
Bagaimana nak mengenali orang yang membawa toksik ni? Adakah dikenali pada wajah, peribadi, personaliti atau lain-lain hal? Ia adalah sifat yang subjektif, kerana ia berkaitan sikap.. so, ia perlu sedikit masa untuk mengesan sikap toksik dalam diri seseorang. Bila telah berkawan dan bergaul lama dengan seseorang, kita akan kenal sikapnya. Nah! Bila dah tahu dia membawa toksik, jauhi diri perlahan-lahan atau nasihati kawan kita itu. Okay...
Ciri-Ciri Orang Yang Toksik
Janganlah jadi orang yang toksik, asyik nak rasa diri sendiri yang betul. Mrmandang orang lain penuh negatif. Asyik menyalahkan orang lain.
Antara ciri-ciri orang yang toksik;
1. Suka sembunyikan masalah
2. Sering tidak hadir di saat diperlukan oleh orang terdekat
3. Memandang remeh dan pandang rendah pada orang lain
4. Terlalu suka bersaing dan mahu menang
5. Tidak tunjukkan kemarahan tetapi menyimpan dendam
6. Laju untuk menunding jari oada orang lain
Semak semula diri kita ini, ada tak ciri-ciri seorang yang toksik. Tidak membawa kebaikan dalam sesuatu perhubungan, suka membawa perkara negatif dalam pergaulan. Kalau kita memiliki sifat tersebut, cepatlah berubah sebelum terlambat. Sebelum kawan-kawan atau saudara mara menjauhkan diri dari kita.
Jika kita sendiri memiliki ciri seorang yang toksik seperti tersebut di atas, kita mesti berubah dan meninggalkan sikap tak baik tersebut. Kita sendiri yang kenal diri kita, hanya kita yang mampu memperbaiki diri sendiri. Orang lain boleh nasihat, tetapi segalanya terletak di atas kehendak kita sendiri.
Berubahlah demi kebaikan semua pihak.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.