Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Doa Supaya Tak Tinggal Solat

Doa Supaya Tak Tinggal Solat Untuk Diri Sendiri Dan Zuriat Keturunan Kita. Doa yang mesti diamalkan oleh kita semua dalam setiap selepas solat fardhu terutamanya. Kerana apa? Kerana solat adalah TIANG agama. Solat lah amalan kita yang pertama di tanya di akhirat nanti. Jika soalan pertama dah gagal, bagaimana pula amalan lain nak dikira? Ingat sampai mati.. solatlah! Solat walau sejahat mana kita, kerana dengan solat mungkin menjadikan kita sebaik-baik manusia di sisiNya.

Doa Supaya Tak Tinggal Solat


Ada banyak doa yang baik-baik yang boleh diamalkan dalam amalan harian kita. Doalah apa-apa yang anda terlintas nak minta dekat Allah. Allah tak pernah menolak doa-doa hambaNya. Walau kita kotor dan jijik di mata manusia.. tetapi Allah tak pernah membezakan kita membuta tuli. Apa yang bezakan darjat seseorang di sisi Allah? Amal soleh yang ikhlas itulah yang menentukan darjat kita di akhirat nanti.

Kini, saya sertakan satu doa yang amat baik diamalkan dalam kehidupan berkeluarga. Iaitu Doa Supaya Tak Tinggal Solat.

Doa supaya tak tinggal solat


"Rabbij 'alni muqiimassolatii
Wamin dzurriyatii. Rabbana wataqobbal duaa"


Maksudnya;


Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan Kami  perkenankanlah doa permohonanku!

Ingatan ini juga untuk diri sendiri, pasangan, anak-anak, seluruh keluarga keturunan kita. Semoga kita semua terselamat dari dibakar api neraka. Mohon kita semua di tempatkan dalam kalangan hamba-hambaNya yang beramal soleh.

Aamiin YRA


Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close